Advertisements

Cara Tuntut PERKESO Skim Bencana Kerja Akibat COVID-19

Advertisements

Bagi pekerja yang berdaftar dan mencarum dengan PERKESO yang disahkan positif Covid-19 di tempat kerja ataupun berkaitan dengan pekerjaannya boleh membuat permohonan tuntutan Faedah Hilang Upaya Sementara (HUS) melalui majikan.

Disini kami ingin kongsikan cara-cara untuk membuat tuntutan faedah skim bencana PERKESO akibat COVID-19 di tempat kerja.

Baca juga: Program Perantisan PERKESO Pemerkasa: Insentif Perantis Baru RM800

Apakah Faedah Skim Bencana Pekerjaan PERKESO COVID-19?

Pencarum PERKESO yang dijangkiti COVID-19 akibat/terbit dari aktiviti pekerjaan layak dilindungi di bawah Skim Bencana Pekerjaan yang menyediakan faedah berikut :

  • Faedah Perubatan
  • Faedah Hilang Upaya Sementara 
  • Faedah Hilang Upaya Kekal 
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Kemudahan Pemulihan  
  • Faedah Orang Tanggungan 
  • Faedah Pengurusan Mayat 
  • Faedah Pendidikan

Manakala Bagi pencarum PERKESO yang dijangkiti COVID-19 bukan berpunca dari pekerjaannya dan telah menyebabkan keuzuran yang berkekalan dan tidak berupaya bekerja semula termasuk kematian, perlindungan disediakan di bawah Skim Keilatan yang meliputi faedah berikut: 

  • Pencen Ilat
  • Bantuan Ilat
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Kemudahan Pemulihan
  • Pencen Penakat
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Faedah Pendidikan

Jumlah Bayaran Faedah Yang Akan Diterima

Jumlah bayaran faedah yang akan diterima oleh pesakit Covid-19 adalah 90% daripada gaji mengikut jumlah hari yang dirawat di hospital sehingga disahkan negatif Covid-19.

This image has an empty alt attribute; its file name is image-109-1024x1024.png

Cara Memohon Secara Online Dan Manual Faedah PERKESO COVID-19

Berikut dikongsikan cara untuk membuat tuntukan Faedah PERKESO COVID-19:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Secara Online:

  • Majikan boleh mengemukakan permohonan secara online menerusi Portal Permohonan Faedah di pautan https://faedah.perkeso.gov.my dengan log masuk menggunakan nama pengguna (username) dan kata laluan (password) yang sama bagi Portal ASSIST.

Secara Manual:

  • Muat turun Borang 34 dari laman web PERKESO
    (Borang Butiran Notis dan Tuntutan Faedah)
  • Isi borang dan dapatkan tandatangan majikan
  • Sediakan salinan IC, keputusan PCR, penyata bank, surat kuarantin asli dari KKM (swasta tidak diterima), surat pengesahan majikan (mengesahkan pekerja tersebut)
  • Hantar ke PERKESO *dengan syarat jangkitan berlaku di tempat kerja bukan daripada luar
  • Selepas hantar, tunggu PERKESO sahkan dengan KKM
  • Maklum balas akan diberitahu jika tuntutan anda lulus atau tidak.

Syarat Tuntut Faedah PERKESO Akibat COVID-19

Berikut merupakan syarat tuntutan faedah PERKESO akibat COVID-19:

  1. Masih bekerja.
  2. Masih aktif sebagai pencarum Socso.
  3. Dijangkiti Covid-19 di tempat kerja.

Nota: Jika tidak dijangkiti di tempat kerja, anda masih boleh buat tuntutan jika melibatkan keuzuran kekal atau kehilangan upaya sementara atau kematian.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai tuntutan PERKESO Covid-19, sila rujuk pautan rasmi berikut di laman web PERKESO : https://www.perkeso.gov.my/tuntutan-faedah-berkaitan-covid-19.html

Baca juga: JaminKerja PERKESO: Semak Kadar Insentif Penggajian

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.