Advertisements

Permohonan ADF BNM: Kemudahan Automasi & Digitalisasi PKS

Advertisements

Bank Negara Malaysia (BNM) mengalu-alukan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang ingin beralih kepada pendigitalan operasi perniagaan untuk memohon Kemudahan Automasi dan Digital PKS atau SME Automation and Digitalisation Facility (ADF).

Untuk makluman, ADF telah diperkenalkan pada bulan Mac tahun 2020 yang bertujuan untuk menggalakkan PKS di semua sektor mengautomasikan proses dan mendigitalkan operasi bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan perniagaan mereka.

Bagi tahun 2021, BNM telah menambah peruntukan sebanyak RM700 juta yang menjadikan peruntukan ADF meningkat sebanyak RM1 bilion.

Kemudahan ADF ini disediakan hingga 31 Disember 2021 atau setelah peruntukan digunakan sepenuhnya, mana yang lebih awal.

Oleh itu, PKS yang ingin memohon boleh membuat permohonan ADF melalui Institusi Kewangan Peserta (IKP) masing-masing.

Tujuan Pembiayaan

Bagi PKS yang memohon, tujuan pembiayaan ADF adalah bagi membiayai kos-kos berikut antaranya:

  • Pembelian peralatan.
  • Mesin.
  • Perkakas teknologi komunikasi dan maklumat.
  • Penyelesaian dan perkhidmatan IT.
  • Sokongan teknologi.
  • Lain-lain aset tidak ketara bagi tujuan meningkatkan produktiviti dan kecekapan.

Jumlah & Tempoh Pembiayaan

Jumlah pembiayaan maksimum bagi setiap PKS yang layak menerima ADF adalah sehingga RM3 juta.

Tempoh pembiayaan ADF yang ditetapkan adalah sehingga 10 tahun.

Kadar pembiayaan adalah hingga 4% setahun, termasuk yuran jaminan dan perlindungan jaminan disediakan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP).

Institusi Kewangan Peserta

IKP yang terlibat dalam pelaksanaan pembiayaan ini adalah seperti berikut iaitu:

  • Bank-bank perdagangan
  • Bank-bank Islam
  • Institusi kewangan pembangunan yang dikawal selia oleh BNM

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan pembiayaan ini adalah seperti berikut:

  1. PKS telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pihak berkuasa/pejabat daerah di Sabah and Sarawak atau badan pentauliahan bagi penyedia perkhidmatan professional.
  2. Saham PKS yang dimiliki Syarikat Awam Tersenarai dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (jika ada) tidak melebihi 20%.
  3. Warganegara Malaysia bermastautin di Malaysia dengan pegangan saham minimum sebanyak 51% dalam PKS tersebut.

Prosedur Permohonan

PKS yang berminat untuk memohon ADF boleh terus membuat permohonan kepada IKP yang terlibat.

Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada penilaian kredit oleh setiap IKP.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai ADF, sila layari laman web bnm.gov.my/adf atau bnm.gov.my/covid19/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.