Advertisements

Permohonan Pembangunan Projek Industri Ternakan Pulau Pinang

Advertisements

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang mengalu-alukan para penternak yang ingin memohon bantuan menerusi Pembangunan Projek Industri Ternakan.

Untuk makluman, Pembangunan Projek Industri Ternakan diwujudkan bagi membantu para penternak memajukan ladang ternakan mereka dan seterusnya mengukuhkan keselamatan makanan negara.

Untuk tahun 2021, permohonan bantuan ini dibuka mulai 1 Oktober sehingga 30 November 2021.

Jenis Bantuan

Bantuan Pembangunan Projek Industri Ternakan yang ditawarkan terbahagi kepada tiga bantuan iaitu:

i) Pembangunan Industri Ruminan

  • Program Pembangunan Ternakan Ruminan Besar: Bantuan peralatan penternakan, naik taraf kandang, atau infrastruktur ladang.
  • Program Pembangunan Ternakan Ruminan Kecil: Bantuan peralatan penternakan, naik taraf kandang, atau infrastruktur ladang.
  • Program Pembangunan Makanan Ternakan: Pembangunan homeplot, perolehan bata garam atau mineral block.
  • Perolehan Baka Ternakan: Pembangunan baka ternakan dan perolehan semen ternakan.
  • Projek Rintis Pembangunan Ternakan: Geran pemadanan 90:10 sama ada naik taraf kandang/infrastruktur ladang atau pembangunan baka ternakan.

ii) Pembangunan Industri Nilai Tinggi

  • Program Pembangunan Industri Asas Ternakan: Kelengkapan peralatan pemprosesan/penyimpanan/pembungkusan/perlabelan/produk IAT/naik taraf premis pemprosesan/kiosk perniagaan usahawan IAT.
  • Program Pembangunan Industri Burung Walit: Menaiktaraf infrastruktur/perolehan peralatan bagi meningkatkan produktiviti SBW atau pematuhan pensijilan myGAP.

iii) Pembangunan Ternakan Unggas

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Program Pembangunan Ternakan Ayam Piru: Kelengkapan baka, peralatan penternakan, naik taraf reban, dan infrastruktur ladang.
  • Program Pembangunan Industri Unggas: Kelengkapan baka, peralatan penternakan, naik taraf reban, dan infrastruktur ladang.

Syarat Permohonan

Untuk memohon bantuan ini, pemohon perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:

  1. Pemohon merupakan penternak kelahiran Negeri Pulau Pinang atau bermastautin di Pulau Pinang sekurangkurangnya 5 tahun.
  2. Projek sedang dilaksanakan di Negeri Pulau Pinang dan telah berdaftar dengan Jabatan sekurang-kurangnya 2 tahun dan mempunyai ID Premis.
  3. Pemohon menjalankan bidang penternakan secara sepenuh atau separuh masa.
  4. Pemohon yang menerima bantuan Jabatan sekurang-kurangnya 3 tahun lepas tidak layak menerima bantuan dalam jenis bantuan yang sama.
  5. Tapak projek mempunyai jarak yang bersesuaian dan mempunyai hak pemilikan yang sah.
  6. Pemohon hendaklah mempunyai lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi jenis permohonan bantuan ternakan hidup dan infrastruktur kandang/reban/premis.
  7. Pemohon yang mengusahakan bidang ternakan/perniagaan di atas tanah/premis sendiri hendaklah mengemukakan salinan geran tanah. Bagi pemohon yang mengusahakan bidang ternakan/perniagaan di atas tanah/premis sewa hendaklah mengemukakan salinan Perjanjian Sewaan. Bagi pemohon yang mengusahakan bidang ternakan/perniagaan di atas tanah/premis milikan bersama hendaklah mengemukakan Surat Kebenaran daripada semua penama bersama dalam geran.
  8. Ternakan ruminan (lembu/kerbau/kambing/bebiri) di ladang wajib mempunyai tanda pengenalan haiwan.
  9. Setiap pemohon perlulah mengisi borang permohonan bantuan yang disediakan oleh Jabatan dengan lengkap dan dihantar ke Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah terdekat mengikut
    alamat ladang/premis pemohon.
  10. Permohonan akan dinilai oleh Jawatankuasa Pemilihan Bantuan dan bantuan akan dipertimbangkan kepada pemohon yang memenuhi syarat Jabatan pada tahun berikutnya.
  11. Kelulusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon yang layak sahaja setelah Jawatankuasa Pemilihan Bantuan memuktamadkan senarai nama penerima bantuan.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan bantuan ini, ikuti langkah-langkah permohonan berikut:

  1. Muat turun borang permohonan melalui pautan https://dvs.penang.gov.my/images/dokumen/Borang_Permohonan_Bantuan_JPVPP.pdf.
  2. Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap dan betul.
  3. Sediakan dokumen sokongan.
  4. Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan kepada Pejabat Veterinar daerah berikut:

    – Pejabat Perkhdimatan Veterinar Daerah Seberang Perai Utara, Pokok Sena, Kepala Batas.
    – Pejabat Perkhdimatan Veterinar Daerah Seberang Perai Tengah, Cherok Tokun, Bukit Mertajam.
    – Pejabat Perkhdimatan Veterinar Daerah Seberang Perai Selatan, Sungai Jawi.
    – Pejabat Perkhdimatan Veterinar Daerah Barat Daya, Balik Pulau.
    – Pejabat Perkhdimatan Veterinar Daerah Timur Laut, Jalan Kampung Jawa Baru.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu disertakan bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  2. Salinan Geran Tanah (Tanah Sendiri)/Salinan Perjanjian Sewaan Tanah/Surat Kebenaran Guna Tanah (Tanah Milikan Bersama).
  3. Lesen PBT yang sah dan tidak tamat tempoh.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai bantuan ini, sila hubungi Pejabat Veterinar daerah berikut:

  • Pejabat Perkhdimatan Veterinar Daerah Seberang Perai Utara: 04-5732616.
  • Pejabat Perkhdimatan Veterinar Daerah Seberang Perai Tengah: 04-5394104.
  • Pejabat Perkhdimatan Veterinar Daerah Seberang Perai Selatan: 04-5824366.
  • Pejabat Perkhdimatan Veterinar Daerah Barat Daya: 04-8668231.
  • Pejabat Perkhdimatan Veterinar Daerah Timur Laut: 04-2285734.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.