Advertisements

Permohonan Bantuan Bencana Banjir Pelaut 2021

Para pelaut yang terjejas akibat bencana banjir, Jabatan Laut Malaysia (JLM) telah membuka permohonan bagi para pelaut mendapatkan Bantuan Bencana Banjir Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut (KWPPL) 2021.

Untuk makluman, JLM adalah sebuah jabatan kerajaan yang terletak di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Jabatan ini diwujudkan bagi mentadbir urusan perkapalan dan pelabuhan serta hal ehwal maritim di perairan Malaysia.

Bagi bantuan bencana banjir ini pula, JLM menyalurkan bantuan menerusi KWPPL bagi para pelaut yang terjejas.

Oleh itu, para pelaut yang berminat, mereka boleh membuat permohonan menerusi borang permohonan yang disediakan.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan bagi para pelaut yang ingin membuat permohonan ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon ialah warganegara Malaysia
  2. Para pelaut mestilah berdaftar dengan JLM.
  3. Mestilah mempunyai kad pelaut.
  4. Mempunyai laporan polis berkaitan dengan banjir yang melanda tempat tinggal mereka.

Cara Membuat Permohonan

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah mudah berikut:

  1. Muat turun borang permohonan di pautan https://www.marine.gov.my/jlm/admin/assets/uploads/images/contents/20211230114200-174bc-borang_bantuan_bencana_banjir_kwppl_2021.pdf?fbclid=IwAR1y9S3zXrPoSSsH2cAk176r1wbZlcwAIKGtiavL7R61H_MEfKRUchHJfkY.
  2. Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
  3. Sediakan dokumen sokongan.
  4. Borang permohonan dan dokumen sokongan yang lengkap diisi perlu dihantar melalui email ke alamat [email protected].
  5. Tajuk emel tersebut mestilah ditulis ‘BANTUAN BENCANA BANJIR KWPPL’ dan diikuti dengan nama pemohon. Contoh tajuk emel yang perlu ditulis jika nama pemohon ‘Johan Sufian ialah BANTUAN BENCANA BANJIR KWPPL JOHAN SUFIAN.’

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu disertakan semasa membuat penghantaran borang adalah seperti berikut:

  1. Salinan Laporan Polis.
  2. Salinan MyKad.
  3. Salinan Kad Pelaut.
  4. Salinan Penyata Bank/Muka Hadapan Buku Bank.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan ini, sila layari laman web https://www.marine.gov.my/

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.