Advertisements

BKM 2022: Permohonan Baru & Kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia

Advertisements

Permohonan baru BKM 2022 kini dibuka.

BKM atau Bantuan Keluarga Malaysia tahun ini bakal memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan RM8.2 bilion.

Jumlah penerima BKM lebih ramai berbanding penerima BPR tahun lepas yang hanya 8.6 juta penerima dengan peruntukan RM7 bilion.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, tarikh pendaftaran baharu dan kemaskini BKM dibuka bermula 1 – 31 Jan 2022 bertujuan memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data kerajaan dapat mengemukakan permohonan masing-masing. 

“Penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat juga berpeluang membuat kemaskini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Tengku Zafrul, bagi mengurangkan golongan tercicir, data penerima BPR dan penerima Bantuan Khas Covid (BKC) B40 tahun 2021 dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk disemak silang kelayakan mengikut syarat ditetapkan.

Beliau menjelaskan, pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima Geran Khas Prihatin dan data agensi kerajaan yang lain turut diguna pakai.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Katanya, ia merangkumi data e-Kasih, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), penghuni  perumahan awam atau Projek Perumahan Rakyat di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, orang asli Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), gelandangan berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan DBKL.

Tambah beliau, selain itu ialah data ibu tunggal berdaftar dengan KPWKM, penerima Skim Insurans Pekerjaan Perkeso dan penerima zakat atau baitulmal di Lembah Klang. 

“Pemohon BKM boleh merujuk soalan lazim (FAQ) yang dimuat naik di portal rasmi BKM  https://bkm.hasil.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut. 

“Kerajaan kekal komited dalam memastikan bantuan yang disediakan menjamin  kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya.

Jumlah BKM 2022

Berikut kategori mereka yang layak memohon BKM:

Jumlah bantuan adalah seperti berikut:
  • Isi rumah (<RM2,500)*: RM1,000 – RM2,000
  • Isi rumah (RM2,501 – RM5,000)*: RM400 – RM800
  • Ibu/Bapa Tunggal (<RM5,000)*: RM500 tambahan
  • Warga Emas (<RM5,000)*: RM300 tambahan
  • Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan (<RM5,000)*: RM600
  • Bujang (<RM2,500)*: RM350

Permohonan Baru BKM

Sekiranya nama anda tiada dalam rekod BKM, anda boleh membuat permohonan / pendaftaran baru di portal rasmi https://bkm.hasil.gov.my/

Tempoh permohonan baru dibuka sehingga 31 Januari 2022.

Kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia

Bagi penerima sedia yang terdapat sebarang perubahan maklumat, anda boleh kemaskini data terkini beserta beberapa dokumen yang diperlukan seperti:

  • Status Perkahwinan – Sijil Nikah / Cerai.
  • Bilangan Anak. – Sijil Lahir Anak.
  • Jumlah Pendapatan – Isikan Jumlah Pendapatan Baru.

Untuk kemaskini, sila ikuti langkah di bawah:

  1. Buka laman web BKM di pautan https://bkm.hasil.gov.my/
  2. Klik Log Masuk
  3. Setelah berjaya log masuk, klik Kemaskini Permohonan
  4. Masukkan No. MyKad dan klik Semak. Isikan semua maklumat bertanda *
  5. Klik Teruskan
  6. Isi Kod Captcha dan klik Sahkan Captcha
  7. Tandakan Perakuan Pemohon Berkenaan7. Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan
  8. Setelah permohonan berjaya dihantar, klik butang Cetak untuk simpan rekod permohonan

Semakan Status Kelulusan

Tarikh semakan status permohonan BKM akan dimaklumkan kemudian.

Untuk makluman, tarikh bayaran BKM sebanyak 4 kali setahun.

Tarikh pembayaran pertama dijangka bermula pada bulan Mac 2022.

Maklumat Lanjut / FAQ Bantuan Keluarga Malaysia

Untuk maklumat lanjut tentang BKM, sila rujuk lampiran Soalan Lazim dari LHDN di bawah:

Borang

FAQ

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements