Advertisements

Dana Mudahcara Warisan, Keseniaan & Kebudayaan Sarawak 2022

Advertisements

Industri warisan, kesenian dan kebudayaan di Sarawak dialu-alukan memohon dana yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak iaitu Dana Mudahcara Warisan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak untuk tahun 2022.

Dana ini diwujudkan dengan fokus dan tumpuan sepenuhnya ke atas program, aktiviti dan pembangunan kapasiti yang menyumbang kepada pembangunan sektor warisan, kesenian dan kebudayaan di negeri tersebut.

Untuk pelaksanaan dana ini, Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan peruntukan sebanyak RM10 juta.

Oleh itu, industri warisan, kesenian dan kebudayaan di Sarawak yang berminat boleh membuat permohonan sehingga 28 Oktober 2022.

Objektif Dana

Objektif pelaksaan dana ini diperkenalkan adalah untuk:

  • Memberi sokongan dan membantu mempercepatkan pemulihan sektor warisan, kesenian dan kebudayaan di Sarawak daripada impak pandemik COVID-19.
  • Menggalakkan dan memastikan kelangsungan program dan aktiviti berkaitan dengan sektor warisan, kesenian dan kebudayaan.
  • Mempertingkatkan kapasiti penggiat industry warisan, kesenian dan kebudayaan Sarawak.

Sasaran Dana

Dana ini disasarkan kepada individu dan pihak berikut:

  • Penggiat seni (individu)
  • Persatuan/Pertubuhan/Badan Bukan Kerajaan (NGO)
  • Persatuan/Pertubuhan/Badan Bukan Berorientasikan Keuntungan (NPO)

Skop Aktiviti/Program

Skop program dan aktiviti yang boleh dipohon melalui dana ini adalah seperti:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Bengkel
  • Kelas
  • Kursus
  • Persidangan
  • Simposium
  • Forum
  • Dialog
  • Seminar
  • Pementasa
  • Pertandingan
  • Pameran
  • Pesta
  • Pendokumentasian (termasuk penerbitan buku dan perfileman)
  • Kegiatan dan aktiviti yang melibatkan komuniti setempat
  • Lain-lain program dan aktiviti yang menyumbang kepada pembangunan kapasiti dalam sektor warisan, kesenian dan kebudayaan Sarawak.

Syarat Aktivti/Program

Syarat untuk melaksanakan aktiviti atau program menggunakan dana ini mestilah:

  • Dianjurkan di Malaysia (program dan aktiviti yang mendapat sokongan daripada pihak kerajaan serta diadakan di Sarawak akan diberi keutamaan); atau
  • Diadakan secara fizikal dan bersemuka/hibrid oleh agensi dan institusi tempatan atau antarabangsa.
  • Menyumbang kepada pemeliharaan dan kelestarian sektor warisan, kesenian dan kebudayaan Sarawak.
  • Memberi faedah dan merangsang pemulihan sektor warisan, kesenian dan kebudayaan di Negeri Sarawak daripada impak pandemik COVID-19.

Cara Memohon

Borang permohonan untuk dana ini boleh dimuat turun dari laman web rasmi Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak iaitu https://mtcp.sarawak.gov.my/.

Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat berikut:

Setiausaha Tetap,
Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan Sarawak,
Tingkat 16, Sayap Kanan, Bangunan Baitulmakmur II,
Medan Raya, Petra Jaya,
93050 Kuching, Sarawak.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai dana ini, sila hubungi Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan Sarawak di talian 082-442226

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.