Peneroka dan pekerja ladang di bawah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) bakal menerima bantuan menerusi Bantuan Bersasar FELDA berjumlah RM200 seorang.
Untuk makluman, bantuan bersasar tersebut disalurkan bagi meringankan beban peneroka yang terjejas dengan hasil tanaman getah selain menghargai sumbangan pekerja ladang.
Bantuan bersasar ini diberikan dalam bentuk sumbangan duit raya bagi memastikan mereka dapat menyambut Aidilfitri dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran.
Syarat Penerima
Syarat pemerima bantuan bersasar ini adalah peneroka getah mestilah menghantar hasil kepada FELDA dan memperoleh pendapatan hasil kurang RM2,000 bagi bulan Mac 2022.
Bagi pekerja ladang pula, tiada syarat dikenakan dan mereka akan menerima bantuan bersasar ini dalam bentuk sumbangan tunai dan barangan keperluan asas.
Tarikh Penyaluran
Tarikh penyaluran bantuan ini adalah akan mula dibuat bermula 28 April.
Penyaluran bantuan ini akan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1.6 juta.
Penangguhan Potongan Bayaran Kembali
Felda juga mengumumkan penangguhan potongan bayaran kembali peneroka getah bagi pendapatan bulan Mac 2022.
Penangguhan potongan ini hanya layak kepada peneroka getah yang memperoleh pendapatan hasil kurang RM2,000 pada bulan Mac.
Langkah tawaran penangguhan ini adalah merupakan tindakan keprihatinan FELDA terhadap peneroka getah yang menerima pendapatan kurang RM2,000.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook FELDA – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan di pautan https://www.facebook.com/FeldaLKTP.