Advertisements

Permohonan Insentif Haji Muassasah Selangor 2022

Bakal jemaah haji daripada Negeri Selangor berpeluang mendapat insentif daripada kerajaan Negeri Selangor menerusi Insentif Haji Muassasah Selangor 2022.

Insentif ini adalah satu lagi usaha Kerajaan Negeri yang diurusetiakan oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) sebagai sebahagian Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) anjuran Menteri Besar Incorporated (MBI).

Insentif Haji Muassasah Selangor adalah insentif yang disediakan oleh kerajaan Negeri Selangor kepada bakal jemaah haji yang datang daripada negeri tersebut.

Pelaksanaan insentif ini memasuki tahun kelima selepas telah tertangguh selama 2 tahun akibat pandemik COVID-19 yang akan memanfaatkan 3,000 bakal jemaah haji dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta.

Insentif ini diharap sedikit sebanyak meringankan beban serta mempermudah urusan bakal tetamu-tetamu Allah yang terpilih di Negeri Selangor.

Permohonan insentif ini boleh dibuat muai hari Isnin, 23 Mei 2022 sehingga hari Rabu, 31 Ogos 2022.

Manfaat Insentif

Bakal jemaah haji yang menerima Insentif Haji Muassasah Selangor bakal menerima manfaat berikut:

  • Wang tunai sebanyak RM500.
  • Kit cenderamata yang mengandungi:
    – Beg
    – Penyahkuman tangan
    – Losyen
    – Pelembap bibir
    – Tuala muka
    – Tisu basah.

Cara Memohon

Permohonan insentif ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Pemohon perlu membuat permohonan melalui melalui Pusat Khidmat Ahli Dewan Negeri (ADN) dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Selangor.
  2. Pemohon perlu membawa bersama dokumen yang diperlukan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dibawa bersama ke Pusat Khidmat Ahli Dewan Negeri (ADN) dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah seperti berikut:

  1. Kad pengenalan.
  2. Salinan surat tawaran mengerjakan haji muassasah yang lengkap.
  3. Maklumat penerbangan sewaktu membuat permohonan.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai insentif ini, sila layari Facebook Amirudin Shari di pautan https://www.facebook.com/amirudinbinshari.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.