Advertisements

Senarai Hospital & Fasiliti Kesihatan Perubatan Rehabilitasi Long COVID

Advertisements

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan senarai hospital dan fasiliti kesihatan yang menyediakan perkhidmatan perubatan rehabilitasi bagi gejala COVID berpanjangan (Long COVID).

Secara umumnya, sejak pandemik COVID-19 mula melanda negara lebih 2 tahun lalu, lebih 4.4 juta individu telah berjaya sembuh daripada jangkitan COVID-19.

Namun, bagi segelintir individu mereka mungkin berhadapan dengan komplikasi atau sindrom COVID berpanjangan (Long COVID yang boleh berlaku tanpa mengira tahap jangkitan COVID-19.

Gejala Long COVID

Antara gejala yang bakal dihadapi oleh individu yang mengalami komplikasi ini adalah seperti berikut:

  • Kelesuan
  • Kesukaran bernafas
  • Batuk
  • Kesakitan sendi dan otot
  • Kesukaran tidur nyenyak
  • Kelemahan anggota
  • Masalah deria
  • Kegelisahan
  • Kekabutan otak (Brain Fog)
  • Lesi kulit

Perubatan Rehabilitasi

Bgai mengatasi komplikasi ini, perubatan rehabilitasi diperlukan oleh mereka yang mengalami gejala tersebut melibatkan Pakar Rehabilitasi, Pegawai Perubatan, anggota Pemulihan Fisioterapi , anggota Pemulihan Cara Kerja dan Jururawat.

Perubatan Rehabilitasi merupakan kepakaran perubatan yang memberikan fokus kepada peningkatan kefungsian individu melalui diagnosis, rawatan kesihatan, mengurangkan kehilangan upaya serta pencegahan komplikasi.

Matlamatnya adalah untuk memastikan mereka yang mengalami komplikasi ini pulih dari aspek kefungsian optimum fizikal, kognitif, sosial, psikologikal, vokasional dan avokasional, seiring dengan keperluan tersendiri individu yang terkesan.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Senarai Hospital & Fasiliti Kesihatan

Senarai hospital dan fasiliti kesihatan yang menawarkan perkhidmatan perubatan rehabilitasi Long COVID adalah seperti berikut:

a) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya

  • Hospital Rehabilitasi Cheras
  • Hospital Kuala Lumpur
  • Pusat Perubatan Universiti Malaya
  • Hospital Chancellor Tunku Mukhriz
  • Hospital Universiti Putra Malaysia
  • Hospital Daehan Rehab (Putrajaya)
  • Pusat Perubatan Prince Court
  • Hospital Gleneagles Kuala Lumpur
  • Pusat Perubatan Ara Damansara

b) Selangor

  • Hospital Sungai Buloh
  • Hospital Serdang
  • Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
  • Hospital Shah Alam
  • Hospital Universiti Teknologi MARA
  • Hospital ReGen Rehab
  • Hospital Sunway

c) Negeri Sembilan

  • Hospital Tuanku Jaafar Seremban
  • Hospital Rembau
  • Hospital Bandar Seri Jempol
  • Hospital Tuanku Ampuan Najihah

d) Pahang

  • Hospital Tengku Ampuan Afzan
  • Hospital Sultan Haji Ahmad Shah

e) Kelantan

  • Hospital Raja Perempuan Zainab II
  • Hospital Universiti Sains Malaysia

f) Pulau Pinang

  • Hospital Pulau Pinang
  • Hospital Seberang Jaya
  • Hospital Balik Pulau

g) Kedah

  • Hospital Sultanah Bahiyah
  • Hospital Jitra
  • Hospital Kuala Nerang
  • Hospital Sultan Abdul Halim

h) Perak

  • Hospital Raja Permaisuri Bainun
  • Hospital Batu Gajah

i) Sabah

  • Hospital Sandakan
  • Hospital Queen Elizabeth

j) Sarawak

  • Hospital Umum Sarawak
  • Hospital Miri
  • Hospital Sibu

k) Johor

  • Hospital Sultan Ismail
  • Hospital Sultanah Aminah

l) Terengganu

  • Hospital Kemaman
  • Hospital Sultanah Nur Zahirah
  • Hospital Dungun

m) Melaka

  • Hospital Melaka
  • Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai perkara ini, sila layari laman web https://covid-19.moh.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.