BERIKUT ADALAH MAKLUMAT INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU JEREBU) MALAYSIA TERKINI
Sejak beberapa hari yang lepas, negara kita Malaysia telah mengalami Jerebu akibat kebakaran hutan yang berlaku di Indonesia, dan perkara ini mampu memberi kesan kepada kesihatan kita.
Rakyat Malaysia yang berada di kawasan yang terkesan perlu mengurangkan aktiviti luar dan digalakkan untuk memakai pelitup muka bagi menjamin keselamatan anda.
Bagi anda yang ingin mengetahui sama ada kawasan anda terkesan atau tidak dengan masalah pencemaran udara ini, anda boleh melihat pada Indeks Pencemaran Udara yang disediakan dibawah.
Apa itu Indeks Pencemaran Udara (IPU) Jerebu?
Indeks Pencemaran Udara (IPU) atau Air Pollution Index merupakan satu kaedah umum dan termudah untuk menghuraikan status kualiti udara sesebuah negara. Indeks ini dapat membantu mengenalpasti tahap pencemaran udara berdasarkan ketinggian nilai bacaan IPU.
Di Malaysia, bacaan indeks pencemaran udara ini diuruskan oleh Air Pollutant Index Management System (APIMS) dibawah pengelolaan Kementerian Alam Sekitar, Sumber Asli, dan Perubahan Iklim. Anda juga boleh memuat turun aplikasi MyIPU untuk mengetahui indeks pencemaran udara negara dengan lebih mudah.
Setiap warna yang terdapat pada bacaan IPU yang ditunjukkan menandakan klasifikasi tahap pencemaran pada sesuatu kawasan tersebut. Jika bacaan indeks pencemaran tinggi ia bermaksud kualiti udara adalah pada tahap tidak sihat, dan sebaliknya jika rendah, kualiti udara adalah dalam keadaan baik.
Bacaan IPU Jerebu Terkini
Setakat jam 8 pagi tadi, mengikut bacaan indeks pencemaran udara yang diumumkan di laman rasmi APIMS, hanya lima kawasan sahaja yang berada dalam bacaan IPU tidak sihat.
Lima kawasan tersebut adalah:
Kawasan | Bacaan IPU |
Putrajaya | 168* |
Banting, Selangor | 105* |
Segamat, Johor | 156* |
Larkin, Johor | 157* |
Pengerang, Johor | 128* |
Bacaan IPU terkini ini boleh dilakukan melalui laman web APIMS atau anda boleh terus memuat turun aplikasi MyIPU di bawah bagi melihat keadaan udara dari semasa ke semasa dengan lebih mudah:
Apa itu Jerebu?
Jerebu ini merupakan fenomena yang berlaku disebabkan debu, habuk, asap dan lain-lain zarah terkumpul di paras rendah atmosfera yang kering sehingga mencapai ketepuan tertentu yang boleh mencemar kejelasan langit dan mengaburi pandangan.
Partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia, seperti asap kenderaan, asap daripada kegiatan perindustrian dan juga aktiviti pembakaran terbuka yang melampau.
Jerebu ini adalah berbahaya kepada manusia kerana ia mampu memberi kesan kepada kesihatan kita. Antara masalah kesihatan yang boleh berlaku disebabkan jerebut ini antaranya adalah:
- Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
- Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
- Iritasi di mata serta mata yang merah
- Kulit terasa gatal
Kanak – kanak, warga tua, wanita mengandung, pesakit jantung, pesakit Asthma dan COPD merupakan golangan berisiko tinggi yang perlu mengambil langkah pencegahan seperti di bawah supaya tidak diserang kesan buruk akibat keadaan jerebu yang berterusan:
- Kurangkan aktiviti luar rumah
- Minum air yang secukupnya
- Pakai pelitup muka apabila berada di luar
- Kerap membasuh muka dan bahagian bahagian yang terdedah kepada jerebu
- Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan
Bagi melindungi diri anda dan keluarga anda boleh mendapatkan pelitup muka di sini.
Maklumat Lanjut
Bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat tambahan berkenaan indeks pencemaran udara atau keadaan udara, anda boleh mendapatkannya di laman rasmi jabatan bertanggungjawab di bawah:
Baca juga: Klinik Kesihatan Malaysia dan Waktu Operasi Baharu