Advertisements

SBBPH – Daftar Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)

Sistem Bersepadu Bahagian Pengurusan Hartanah atau SBBPH merupakan satu sistem yang direka bagi memudahkan urusan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) seperti hal-hal berkaitan kuarters kerajaan, Rumah Tamu, dan Rumah Peranginan Persekutuan.

Melalui sistem ini, kakitangan kerajaan yang berminat untuk melakukan tempahan RPP atau memohon kuarters kerajaan, boleh melakukan perkara tersebut melalui satu sistem sahaja.

Berikut merupakan penerangan tentang SBBPH ini, iaitu berkenaan cara mendaftar dan kemudahan hartanah yang disediakan untuk kakitangan kerajaan. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lagi.

Apa itu Sistem Bersepadu Bahagian Pengurusan Hartanah?

Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) ditubuhkan pada 1957 dikenali sebagai Pejabat Perumahan Kerajaan (Government Accomodation Office). Pada ketika itu, fungsinya tertumpu kepada hal kuarters kerajaan sahaja.

Pada tahun 1960, Bahagian ini telah dipertanggungjawabkan mengendalikan Istana Negara serta Kediaman Rasmi. Bagi memenuhi keperluan semasa, beberapa unit ditubuhkan iaitu Unit Ruang Pejabat, Unit Rumah Peranginan dan Unit Pembangunan, dan dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Bangunan Kerajaan.

Sistem Bersepadu Bahagian Pengurusan Tanah (SBBPH) pula merupakan satu sistem yang direka bagi memudahkan pengurusan hartanah BPH. Melalui sistem ini, kakitangan kerajaan yang berminat untuk melakukan tempahan RPP atau memohon kuarters kerajaan, boleh melakukan perkara tersebut melalui satu sistem sahaja.

Kaedah Login SBBPH

Bagi kakitangan kerajaan yang ingin mendaftar akaun bersama SBBPH ini anda boleh melakukannya dengan cara berikut:

  1. Pergi ke laman rasmi SBBPH
  2. Tekan pada “Klik Di Sini” di bahagian Pendaftaran Pengguna
  3. Isi dan lengkapkan maklumat yang diminta.Setelah semua maklumat diisi dengan lengkap, klik pada butang “Daftar”
  4. Sistem BPH akan memaparkan notifikasi “Pendaftaran Berjaya” jika maklumat yang diisi oleh pengguna lengakap dan notifikasi “Pendaftaran Tidak Berjaya” akan dipaaprkan jika maklumat yang diisi adalah salah dan pengguna perlu membuat pindaan.
  5. Bagi yang berjaya, maklumat User ID dan Kata Laluan akan dihantar melalui emel.

Rumah Peraginan Persekutuan (RPP)

Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) merupakan kemudahan penginapan yang diwujudkan khas untuk penjawat awam dan pesara kerajaan. Penyediaan kemudahan rumah peranginan bukan sahaja memberi faedah kepada penjawat awam tetapi juga kepada keluarga masing-masing dengan kadar sewa yang berpatutan.

Kemudahan ini adalah merupakan tempat penginapan yang disediakan oleh Bahagian Pengurusan Hartanah kepada semua kakitangan kerajaan yang ingin bercutiKemudahan ini diberikan bertujuan untuk meningkatkan tahap kualiti percutian kakitangan awam serta menjimatkan kos penginapannya yang murah.

Terdapat dua kategori RRP yang disediakan iaitu Rumah Peranginan Persekutuan Premier dan Eksekutifyang terdiri daripada banglo, apartmen, bilik hotel, dorm, rumah rehat dan banyak lagi.

Syarat Memohon RPP

Mengambil kira keadaan pandemik sekarang, semestinya syarat permohonan RPP harus selaras dengan SOP yang ditetapkan. Untuk itu, berikut merupakan syarat atau tatacara permohonan untuk RPP:

  1. Pemohon perlu mendaftar dalam Sistem Bersepadu BPH (SBBPH);
  2. Hanya pemohon yang telah lengkap divaksin dibenarkan;
  3. Bayaran perlu dilakukan secara atas talian (online)
  4. Waktu mendaftar masuk mulai jam 2.00 petang hingga 5.00 petang sahaja; dan
  5. Masih tertakluk kepada Surat Pekeliling Am Bilangan2 Tahun 2015Peraturan bagi
    Menggunakan RPP

Cara Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)

Berikut merupakan cara untuk menempah RPP bagi kakitangan atau pesara kerajaan yang ingin bercuti:

  1. Pengguna perlu melayari laman sesawang SBPPH
  2. Log masuk menggunakan MyID dan Kata Laluan yang telah ditetapkan
  3. Klik pada tab “RPP Premium/ Eksekutif”.
  4. Klik pada bahagian “Tempahan Baru” untuk membuat tempahan. Skrin akan paparkan senarai rumah yang ada sesuai dengan gred penjawat awam.
  5. Kemudian, pengguna perlu memasukkan tarikh untuk mengetahui terdapat kekosongan RPP atau tidak pada tarikh tersebut.
  6. Jika ada kekosongan pada tarikh yang diinginkan, klik pada butang “Tempah Sekarang” untuk membuat tempahan.
  7. Lakukan bayaran deposit sebanyak RM50 bagi pengesahan tempahan. 
  8. Cetak surat tempahan sebagai bukti penginapan untuk ditunjukkan pada penyambut tetamu ketika hari percutian dan membuat bayaran penuh pada hari menginap.

Jenis Rumah Peraginan Persekutuan

Rumah Percutian Penjawat awam ini terbahagi kepada dua (2) kategori yang berbeza, di mana kedua-duanya mempunyai kadar sewa yang berbeza. Berikut merupakan senarai RPP dan kadar sewa bagi penginapan untuk semalaman yang perlu dibayar oleh kakitangan awam jika mereka memilih untuk menginap di RPP.

RPP Premier

Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Premier adalah rumah rehat Kerajaan yang disediakan untuk anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan mengikut kelayakan tertentu bermula daripada anggota PPerkhidmatan Awam gred 48 ke atas dan yang setaraf dengannya.

Terdapat 7 RPP Premier yang boleh dipilih iaitu di :

  • Tanjung Tuah, Negeri Sembilan
  • Port Dickson, Negeri Sembilan
  • Bukit Fraser, Pahang
  • Cameron Highland, Pahang
  • Labuan, Sabah
  • Singapura
  • London

Berikut merupakan kadar harga dan jenis unit bagi RPP Premium ini:

sbbph rpp premier

RPP Eksekutif Kakitangan Kerajaan

Rumah Peranginan Persekutuan(RPP) Eksekutif merupakan rumah rehat kerajaan yang disediakan untuk kemuudahan semua anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri, pesara-pesara Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta dipanjangkan kepada semua anggota Perkhidmatan Badan Berkanun.

Terdapat 8 RPP Ekslusif yang boleh dipilih iaitu di:

  • Cameron Highland, Pahang
  • Bukit Fraser, Pahang
  • Pulau Pinang
  • Morib, Selangor
  • Tasik Kenyir, Terengganu
  • Pulau Langkawi, Kedah
  • Pulau Pangkor, Perak
  • Port Dickson, Negeri Sembilan

Bagi anda yang berminat untuk melakukan tempahan, berikut merupakan kadar harga bagi RPP Eksklusif dan jenis unit yang ditawarkan:

sbbph rpp eksklusif

Jika anda memilih untuk bercuti di Pulau Langkawi, beli pakej Island Hopping ini untuk melawat pulau-pulau di Langkawi dengan harga yang berpatutan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut berkenaan SBBPH ini anda boleh melawat portal RPP, atau anda boleh menghubungi nombor 03 – 8091 8500 atau menghantarkan persoalan anda ke alamat berikut:

Bahagian Pengurusan Hartanah Jabatan Perdana Menteri,

Aras 2 – 8, Blok F6 Kompleks F,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

Lebuh Perdana Timur, Presint 1,

62000 PUTRAJAYA

Baca juga: VIBES 2.0: Cara Pendaftaran & Kaedah Menyemak Pencen JHEV

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.