Beberapa bulan setelah redanya wabak Covid-19, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengumumkan tentang risiko penyakit misteri baharu yang dinamakan sebagai Penyakit X.
Menurut pakar kesihatan UK penyakit ini boleh menyebabkan satu lagi wabak seperti Covid-19 dan membunuh berjuta-juta orang.
Untuk mengetahui lebih lagi tentang penyakit jenis ini, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini.
Apa itu Penyakit X?
Menurut laman web WHO, istilah Penyakit X itu merujuk kepada “wabak antarabangsa yang serius yang disebabkan oleh patogen yang tidak dapat dikenalpasti yang mampu mengancam kesihatan manusia”
WHO mengguna pakai nama ini untuk memastikan perancangan mereka cukup fleksibel untuk menyesuaikan diri dengan patogen yang tidak diketahui (misalnya, vaksin yang lebih luas dan kemudahan pembuatan).
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menambah penyakit ini dalam senarai “penyakit keutamaan” di laman web mereka dan telah mengkategorikan penyakit misteri ini bersama wabak berbahaya yang lain seperti Covid-19, Ebola, demam Lassa, sindrom pernafasan Timur Tengah (MERS), Nipah dan Zika, yang telah menyebabkan kematian yang meluas.
Fakta Tentang Penyakit X
Berikut merupakan maklumat yang telah diperoleh berkenaan penyakit X ini:
- Penyakit X ini belum lagi wujud, namun ia merupakan penyakit dijangka akan muncul pada tahun akan datang disebabkan pertemuan 25 keluarga virus oleh Saintis Dunia.
- Bekas pengerusi pasukan petugas vaksin United Kingdom, Kate Bingham memberi amaran bahawa Penyakit X boleh menyebabkan lebih banyak mangsa dan mempunyai kesan yang memudaratkan berbanding COVID-19.
- Penyakit ini boleh menyebabkan kematian kira-kira 50 juta orang dan lebih di seluruh dunia. Ia mungkin mempunyai kesan buruk yang sama seperti selesema Sepanyol pada 1918-1920.
- Menurut pakar kesihatan, dunia akan mengalami lebih banyak wabak virus seperti ini pada tahun-tahun akan datang kerana tiga sebab utama iaitu:
- globalisasi
- lebihan penduduk
- kemusnahan habitat.
Persediaan Malaysia
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa memberi jaminan tentang kesiapsiagaan kementeriannya, termasuk dari segi pengawasan, peralatan dan kerjasama antara agensi untuk menangani “Penyakit X”.
Beliau berkata pengalaman kementerian dalam menangani wabak Covid-19 telah membantu mereka untuk sentiasa bersedia dan memberi perhatian kepada sebarang amaran mengenai penyakit baharu di Malaysia dan luar negara.
Beliau berkata Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Balas Krisis (CPRC) kementerian bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar juga dalam memantau penyakit itu.
Langkah Pencegahan
Berikut merupakan antara langkah yang sedang dan boleh dilakukan untuk mengelakkan serangan pandemik yang seterunya yang disebabkan oleh Penyakit X:
- Melabur dalam Pengawasan: Bangunkan sistem pengawasan global yang teguh untuk mengesan ancaman yang muncul lebih awal.
- Galakkan Satu Kesihatan: Mengiktiraf kesalinghubungan kesihatan manusia, haiwan dan alam sekitar untuk mengenal pasti dan mengurangkan risiko.
- Penggunaan Antibiotik yang Bertanggungjawab: Laksanakan pengawasan antimikrobial untuk memerangi patogen tahan dadah.
- Memperkukuh Sistem Penjagaan Kesihatan: Bina kapasiti dalam sistem penjagaan kesihatan untuk tindak balas wabak dan keperluan penjagaan kesihatan rutin.
- Kerjasama Global: Memupuk kerjasama antarabangsa dalam perkongsian maklumat, peruntukan sumber dan usaha penyelidikan.
- Pelan Kesediaan: Membangunkan pelan persediaan wabak yang komprehensif, termasuk menimbun bekalan penting dan pasukan tindak balas pantas.
Sumber: RajNeetPG