Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN 2023
Jumaat lepas, iaitu pada 24 Februari, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga merupakan Menteri Kewangan Malaysia telah mengumumkan tentang diskaun PTPTN dalam Belanjawan 2023.
Kerajaan Malaysia Madani yang merupakan sebuah kerajaan perpaduan, telah bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionaPTPTN sebanyak 20% kepada rakyat Malaysia.
Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan diskaun ini, teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung artikel.
Diskaun Bayaran PTPTN yang bakal diberikan
Pemberian diskaun yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam Belanjawan 2023 ini adalah mengikut ketentuan seperti berikut:
Pelaksanaan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 20 peratus berkuatkuasa mulai 1 Mac 2023 hingga 31 Mei 2023 meliputi empat (4) kategori seperti berikut:
- Diskaun 20 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman;
- Diskaun 15 peratus untuk penyelesaian sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keseluruhan baki hutang;
- Diskaun 15 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau Debit Terus (Direct Debit) mengikut jadual bayaran balik; dan
- Diskaun 5 peratus untuk bayaran balik melalui aplikasi myPTPTN.
Semua peminjam PTPTN termasuk yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan dan penerima Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) adalah layak menikmati insentif ini.
Tempoh Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN
Potongan 20% bayaran balik pinjaman PTPTN ini akan bermula pada 1 Mac 2023 selama 3 Bulan.
Permohonan penangguhan bayaran balik juga boleh dilakukan bermula tarikh 1 Mac tersebut.
Penyediaan Dokumen Sokongan Permohonan Penangguhan Bayaran Balik PTPTN
Dimaklumkan bahawa peminjam yang layak membuat permohonan penangguhan bayaran balik PTPTN, anda perlu menyediakan dokumen pendapatan yang terkini mengikut kategori pekerjaan bagi tujuan memuat naik dokumen semasa proses permohonan dilakukan.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian sahaja melalui pautan berikut : https://www.ptptn.gov.my/PenangguhanBayaranBalik/
Cara Permohonan Diskaun PTPTN
Peminjam yang ingin membuat penyelesaian penuh pinjaman atau sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang perlu membuat pengesahan baki pinjaman melalui aplikasi myPTPTN atau portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my atau menghubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN sebelum membuat bayaran balik melalui saluran bayaran yang telah disediakan.
Peminjam yang sedang membuat bayaran balik melalui potongan gaji atau Debit Terus (Direct Debit) adalah layak mendapat diskaun 15 peratus secara automatik.
Manakala, peminjam yang ingin membuat potongan gaji atau Debit Terus (Direct Debit) pula boleh membuat permohonan melalui aplikasi myPTPTN atau portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my. Peminjam boleh memilih salah satu atau kedua-dua saluran untuk menikmati insentif ini.
Selain itu, diskaun 5% juga diberikan bagi bayaran balik yang dibuat melalui aplikasi myPTPTN yang boleh dimuat turun melalui “App Store” bagi pengguna iOS, “Play Store” bagi pengguna Android dan “Huawei AppGallery” bagi pengguna Huawei.
Peminjam PTPTN hanya perlu melalui proses aturan keselamatan yang mudah dan seterusnya dapat menggunakan aplikasi ini dengan cepat dan selamat.
Peminjam juga boleh mengakses portal myPTPTN dengan melayari myptptn.ptptn.gov.my.
Cara Semakan Baki PTPTN
Apa perkara pertama yang perlu dilakukan sebelum membuat bayaran balik pinjaman PTPTN secara penuh?
Mestilah kena dapatkan pengesahan baki pinjaman.
Nak dapatkan dekat mana?
Mudah aje. Cukup ada satu telefon bimbit dan mempunyai data internet yang stabil untuk dapatkan pengesahan baki pinjaman melalui myPTPTN.
Aplikasi myPTPTN: https://taplink.cc/myptptn
Rujuk infografik di bawah:
Ringkasan Pelaksanaan Penangguhan Bayaran Balik PTPTN (Bajet 2023)
Pelaksanaan penangguhan bayaran balik adalah seperti berikut:
- Semua peminjam yang dalam tempoh membayar balik dan mempunyai pendapatan bulanan RM1,800.00 (gaji kasar) ke bawah layak memohon penangguhan kecuali peminjam yang telah menyertai Debt Management Programme (DMP) di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi pinjaman PTPTN.
- Permohonan penangguhan boleh dibuat mulai 1 Mac 2023 melalui portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my.
- Peminjam perlu melengkapkan maklumat perhubungan, maklumat pekerjaan, memuat naik dokumen pendapatan bulanan terkini dan membuat perakuan kebenaran ke atas maklumat yang diberikan.
- PTPTN akan memaklumkan status kelulusan melalui e-mel yang dikemas kini semasa peminjam membuat permohonan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas permohonan diterima.
- Peminjam yang diluluskan penangguhan, akan dikecualikan daripada tindakan penguatkuasaan dan perundangan sepanjang tempoh penangguhan bayaran balik berkuatkuasa. Kos pentadbiran atau ujrah juga tidak dikenakan sepanjang tempoh penangguhan diberikan.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, peminjam boleh mendapatkan informasi melalui ruangan Soalan Lazim Belanjawan 2023 di portal rasmi PTPTN.
Soalan Lazim: KLIK DI SINI
Permohonan Penangguhan Bayaran Balik: KLIK DI SINI
Siaran Media: KLIK DI SINI
Peminjam juga boleh menghubungi PTPTN melalui saluran berikut:
- Careline PTPTN di 03 – 2193 3000
(Beroperasi Isnin hingga Jumaat, jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang) - Live Chat di www.ptptn.gov.my
- e-Aduan di https://eaduan.ptptn.gov.my
- Eksekutif Pemasaran PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/pejabat-cawangan-ptptn
- Media Sosial Rasmi @PTPTNOfficial
Maklumat penuh: https://bit.ly/InsentifBayaranBalikPinjaman
Anda juga boleh mengetahui berkenaan bantuan lain yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 melalui pautan di bawah: