Advertisements

Peraturan Cermin Gelap JPJ 2019 & Peratus Ketelusan Cahaya (VLT)

Berikut adalah peraturan baharu cermin gelap JPJ yang akan berkuatkuasa bermula 8 Mei 2019.

Juga dikongsikan kadar peratus ketelusan cahaya (VLT) setiap cermin mengikut garis panduan terkini.

Untuk makluman, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan peraturan baru ini kelmarin sepertimana digariskan di dalam Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991.

Sebelum ini, VLT depan utama kenderaan ialah 70%, untuk cermin tepi kiri dan kanan pemandu pula ialah 50% manakala cermin tepi kiri dan kanan serta cermin belakang (penumpang belakang) ialah 30%. 

Klik sini untuk check saman online.

Peraturan Baru Cermin Gelap JPJ

cermin gelap jpj

Melalui pindaan baru ini, VLT bagi cermin tepi kiri dan kanan penumpang belakang serta cermin utama di belakang ditetapkan pada kadar 30%.

Maksudnya pengguna boleh menggunakan lapisan cermin gelap yang mana VLT menerusi cermin sisi kiri dan kanan penumpang serta cermin belakang kenderaan boleh kurang daripada 70% cahaya tampak dengan syarat bahawa kenderaan itu dilengkapi dengan cermin sisi pandang belakang di kanan dan kiri (side mirrors).

Walau bagaimana pun, VLT pada cermin hadapan dan cermin sisi kanan dan kiri pemandu adalah masih kekal seperti sedia ada.

“Kebenaran ini hanyalah untuk kenderaan motor milik persendirian sahaja. Kenderaan motor yang didaftar dan digunakan untuk pengangkutan awam dan barangan, VLT tidak boleh kurang daripada 70%.

Ini bermaksud, cermin selain daripada cermin hadapan dan cermin tepi kiri dan kanan pemandu boleh kurang daripada 70% cahaya tampak ataupun kurang daripada 30% berdasarkan peraturan semasa, dengan syarat terdapat dua cermin side mirror (kiri dan kanan) dipasang pada kenderaan tersebut,” ujar Loke.

Baca juga: Semakan Harga Pendaftaran Lesen Memandu Terkini

Fi Permohonan RM50

peraturan cermin gelap

Mana-mana individu boleh memohon untuk menggunakan cermin yang lebih gelap (sama ada menerusi penggunaan lapisan filem atau penggunaan kaca yang lebih gelap) yang menjadikan peratusan cahaya tampak adalah kurang berbanding peraturan (atau lebih gelap) atas sebab-sebab yang khusus seperti faktor keselamatan atau faktor kesihatan. 

Bagi setiap permohonan yang dikemukakan di atas faktor keselamatan, akan dikenakan fi perkhidmatan sebanyak RM50 bagi setiap permohonan. Manakala setiap permohonan yang diluluskan pula akan dikenakan fi sebanyak RM5,000. Setiap kelulusan yang diberikan adalah untuk tempoh selama dua tahun. Individu yang telah diluluskan bagi penggunaan cermin lebih gelap hendaklah memohon semula apabila tempoh sah laku tamat dan akan dikenakan fi yang sama dalam setiap permohonannya.

Peraturan baru ini turut terpakai untuk pemandu perkhidmatan e-hailing seperti Grab / Uber.

Tambahnya lagi, “Dengan pindaan VLT pada cermin tepi kiri dan kanan di bahagian penumpang serta cermin belakang kenderaan, ia akan membolehkan orang ramai untuk menggunakan cermin yang lebih gelap berbanding peraturan semasa. Maka, ketetapan baharu ini tidak akan lagi menimbulkan keperluan kepada majoriti pemilik kenderaan sedia ada untuk menggunakan cermin yang lebih gelap daripada yang telah ditetapkan.”

Dalam masa yang sama, Loke turut menegaskan, penggunaan lapisan filem atau cermin yang lebih gelap di bahagian cermin tepi kiri dan kanan serta cermin hadapan pemandu akan mengganggu keupayaan pemandu untuk melihat dan mengawal kenderaannya dengan selamat serta meningkatkan risiko berlakunya kemalangan terutamanya dalam keadaan waktu kurang cahaya sama ada disebabkan oleh hujan atau pemanduan di waktu malam.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: