Advertisements

Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN – Belanjawan 2024

Jumaat lepas, iaitu pada 13 Oktober, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga merupakan Menteri Kewangan Malaysia telah mengumumkan tentang diskaun PTPTN yang terkini dalam Belanjawan 2024.

Kerajaan Malaysia Madani yang merupakan sebuah kerajaan perpaduan, telah bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman kepada peminjan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan diskaun ini, teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung artikel.

Diskaun Bayaran PTPTN – Belanjawan 2024

Melalui Belanjawan 2024, yang telah berlangsung pada 13 Oktober 2023, Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri Malaysia telah menyatakan tentang pemberian insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN seperti berikut :​

  • Diskaun 10% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.
  • Diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
  • Diskaun 15% untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual.

Jadi jangan lepaskan peluang ini dengan melaksanakan bayaran balik pinjaman anda dalam tempoh yang diberikan sama ada secara potongan gaji, debit ataupun melalui aplikasi Shopee.

diskaun-ptptn-1024x1024-1

Tempoh Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Potongan atau diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN ini akan bermula pada 14 Oktober 2023 sehingga 31 Mac 2024.

Cara Mendapatkan Diskaun PTPTN

Berikut merupakan cara untuk mendapatkan diskaun sebanyak 10%:

  • Pelanggan perlu dapatkan pengesahan baki pinjaman terlebih dahulu. Pelanggan akan terima softcopy penyata pengesahan baki pinjaman daripada pegawai PTPTN. Pelanggan diminta buat bayaran mengikut amaun dalam penyata pengesahan baki. 
  • Penyata ini juga sah sehingga tarikh yang dimaklumkan sahaja. Jadi, bayaran perlu dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Pastikan jumlah bayaran yang dibuat adalah mengikut jumlah baki yang telah diberikan oleh pegawai.

Berikut merupakan cara untuk mendapatkan diskaun sebanyak 15%:

  • Peminjam yang sedang membuat bayaran melalui saluran potongan gaji atau debit terus (direct debit) adalah layak menikmati diskaun 15 peratus ini secara automatik tertakluk bayaran diterima oleh PTPTN dalam tempoh diskaun.
  • Manakala peminjam yang ingin membuat potongan gaji atau debit terus (direct debit) hendaklah membuat permohonan melalui portal rasmi PTPTN atau aplikasi myPTPTN. Peminjam boleh memilih salah satu atau kedua-dua saluran tersebut untuk menikmati insentif ini.

Cara Semakan Baki PTPTN

Apa perkara pertama yang perlu dilakukan sebelum membuat bayaran balik pinjaman PTPTN secara penuh?​

Mestilah kena dapatkan pengesahan baki pinjaman.​

Nak dapatkan dekat mana? ​

Mudah aje. Cukup ada satu telefon bimbit dan mempunyai data internet yang stabil untuk dapatkan pengesahan baki pinjaman melalui myPTPTN. ​

Aplikasi myPTPTN: https://taplink.cc/myptptn

Rujuk infografik di bawah:

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan diskaun PTPTN ini, peminjam boleh mendapatkan informasi melalui ruangan Soalan Lazim Belanjawan 2024 di portal rasmi PTPTN.

Soalan Lazim: KLIK DI SINI
Permohonan Penangguhan Bayaran Balik: KLIK DI SINI

Peminjam juga boleh menghubungi PTPTN melalui saluran berikut:

Maklumat penuh: https://bit.ly/InsentifBayaranBalikPinjaman

Anda juga boleh mengetahui berkenaan bantuan lain yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 melalui pautan di bawah:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.