Advertisements

Deepavali 2023: Makna Perayaan & Tarikh Cuti Sekolah Tambahan

Deepavali 2023: Makna Perayaan & Tarikh Cuti Sekolah Tambahan

Deepavali atau Diwali merupakan salah satu perayaan terbesar di Malaysia selepas sambutan Hari Raya dan Tahun Baru Cina. Perayaan ini disambut dan diraikan oleh masyarakat beragama Hindu, Sikh, Jain dan aliran Buddha Newar di serata dunia.

Perayaan Diwali ini secara ringkasnya merupakan sebuah perayaan yang dilaksanakan bagi  menandakan kemenangan oleh kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, secara simboliknya ditujukan dalam erti cahaya yang menerangi kegelapan.

Pada tahun ini, sambutan Diwali di Malaysia telah jatuh pada 12 Oktober 2023 (Ahad). Jadi, teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung artikel untuk mengetahui lebih lanjut tentang perayaan ini.

Apa itu Deepavali?

Tahukah anda apa itu Deepavali?

Istilah Deepavali ini adalah gabungan dua patah kata iaitu ‘Deepam’ yang bermaksud lampu atau cahaya dan ‘vali’ pula membawa makna arah atau jalan. Berikutan itu, perayaan ini juga dikenali dengan nama ‘Pesta Cahaya’. 

Menurut kepercayaan mereka, “cahaya” merupakan satu unsur yang amat penting dalam kehidupan. Perayaan Deepavali itu sendiri adalah untuk meraikan kemenangan cahaya terhadap kegelapan, kebaikan terhadap kejahatan, dan pengetahuan terhadap kejahilan.

Sambutan Diwali ini juga diraikan oleh penganut agama Hindu bagi memberi kejelasan pemikiran dan penerapan menghargai apa yang ada di dalam kehidupan seharian, memperbanyakkan amalan kebaikan, dan meningkatkan pengetahuan.

Sambutan Di Malaysia

Di Malaysia perayaan Deepavali ini merupakan satu perayaan yang diraikan di semua negeri. Pelbagai amalan dan tradisi diamalkan secara turun temurun oleh masyarakat India di Malaysia bagi meraikan perayaan ini.

Antara amalan dan tradisi yang diamalkan adalah seperti berikut:

  • Upacara Mandi Minyak
    • Upacara ini merupakan amalan utama pada pagi perayaan tersebut, di mana mereka akan menjalankan aktiviti urutan rambut dan badan dengan minyak bijan dan mandian menggunakan campuran serbuk “shikakai”, sejenis herba Ayurvedik.
    • Amalan ini dipercayai dapat menghapuskan segala perasaan ego, kebencian dan sebagai simbolik penyucian dan membersihkan diri dari segala perkara yang negatif.
  • Melukis ‘Kolam’
    • Melukis ‘Kolam’ merupakan tradisi penting yang dilakukan sewaktu Deepavali bagi menggambarkan kebahagian rumah tangga. Ia juga dilakukan bagi mengundang dan mengalu-alukan kehadiran Dewi ke rumah.
    • Melukis ‘Kolam’ ini kebiasaannya dilukis menggunakan tepung beras, beras dan serbuk berwarna-warni, serta dihiasi dengan bunga dan lampu berwarna-warni.
  • Juadah dan Manisan
    • Amalan menghidangkan atau memberi manisan kepada tetamu dan ahli keluarga merupakan tradisi bagi meraikan sesuatu kejayaan atau berita yang mengembirakan.
    • Antara manisan yang sering kali dihidangkan adalah laddo, jalebi, gulab jamun, palkova, halwa dan lain-lain lagi.

Bagi anda yang bakal menyambut perayaan Deepavali ini, anda boleh membeli kuih tradisional sambutan Diwali ini di sini.

Sumber maklumat diperoleh daripada laman rasmi Universiti Putra Malaysia.

Tarikh Perayaan Deepavali 2023

Pada tahun 2023 ini, tarikh bagi perayaan Diwali ini telah jatuh pada 12 Oktober 2023 iaitu pada hari Ahad.

Tarikh-deepavali

Cuti Sekolah Tambahan Sempena Deepavali 2023

Disebabkan cuti Deepavali ini jatuh pada hari Ahad, kerajaan telah membuat keputusan untuk memberikan cuti sekolah tambahan sebanyak 1 hari sebagai cuti gantian mengikut negeri.

Berikut merupakan cuti yang bakal diperoleh oleh para pelajar mengikut kumpulan negeri:

  • Kumpulan A : 13 November (Isnin)
  • Kumpulan B : 14 November (Selasa)
  • Sarawak sahaja : 13 November (Isnin)
cuti-deepavali

Baca juga: Takwim Cuti & Perayaan Matrikulasi Sesi 2023/2024

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.