Takwim Cuti & Perayaan Matrikulasi Sesi 2023/2024
Bagi anda yang telah mendapat dan menerima tawaran Program Matrikulasi untuk menyambung pengajian anda ke peringkat seterusnya, kami ucapkan tahniah dan semoga berjaya!.
Program ini merupakan salah satu program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.
Berikut merupakan takwim atau kalendar akademik bagi penggal 2023/2024 yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, sebagai rujukan anda. Baca artikel ini sehingga ke penghujung untuk mengetahui lebih lagi berkenaan program ini.
Program Matrikulasi
Seperti yang dinyatakan di bahagian pengenalan, Program Matrikulasi ini adalah antara program program persediaan pra-universiti bagi lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran sebelum ke peringkat Ijazah Pertama di universiti ataupun kolej universiti yang wujud di Malaysia.
Pada tahun 1998, Menteri Pendidikan pada waktu tersebut telah mencetuskan idea mewujudkan program ini di bawah kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menyeragamkan pelaksanaan program tersebut yang selama ini dikendalikan oleh IPTA.
Program ini telah diwujudkan bagi memastikan pembangunan potensi pelajar bumiputera melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di IPT sama ada di dalam atau di luar negara dalam bidang sains, teknologi dan profesional.
Tarikh Lapor Diri
Bagi anda yang telah menerima tawaran ke program Matrikulasi ini, pastikan anda peka dengan tarikh-tarikh penting agar anda tidak terlepas dari mengikuti arahan yang telah dinyatakan oleh pihak bertanggungjawab.
Berikut merupakan tarikh lapor diri ke program ini bagi penggal 2023/2024 mengikut negeri:
- Kumpulan A (Kedah, Kelantan dan Johor): 9 Julai 2023
- Kumpulan B (Negeri selain Kedah, Kelantan dan Johor): 10 Julai 2023
NOTA: Untuk kepastian tarikh lapor diri, sila rujuk pada tawaran pengajian yang telah diberikan.
Takwim Semester & Cuti Matrikulasi KPM 2023/2024
Bagi pelajar penggal 2023/2024, berikut merupakan takwim atau kalendar akademik Program Matrikulasi bagi penggal ini mengikut negeri dan semester.
Negeri A merupakan negeri Kedah, Kelantan dan Johor, manakala Negeri B pula merujuk kepada semua negeri-negeri di Malaysia selain Kedah, Kelantan dan Johor.
Cuti Perayaan Penggal 2023/2024 Matrikulasi
Selain cuti pertengahan semester yang telah dinyatakan dalam kalendar akademik di atas, terdapat juga beberapa cuti lain yang diberikan kepada pelajar Program Matrikulasi penggal 2023/2024.
Berikut merupakan senarai cuti perayaan yang telah diberikan bagi pelajar yang menerima tawaran ke program ini:
Maklumat Lanjut
Jika anda ingin mendapatkan maklumat tambahan berkenaan program Matrikulasi ini, anda boleh ke laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia atau anda boleh lihat pada brosur di bawah: