Beras merupakan makanan ruji masyarakat di Malaysia tidak kira bangsa dan agama. Oleh itu pengawalan harga beras di Malaysia sangat ditekankan oleh pihak kerajaan bagi memastikan ia mampu milik dan tidak melampaui had maksimum yang telah ditetapkan.
Malah di Malaysia ini terdapat satu akta yang mengawal beras, dan jika peniaga atau peruncit menjual melebihi jumlah maksimum yang telah ditetapkan, maka mereka boleh didakwa dan di saman oleh pengguna atau kerajaan.
Berikut akan kami terangkan berkenaan perkara berikut dan juga bagaimana anda boleh laporkan ketidakpatuhan yang melibatkan beras ini. Oleh itu, baca artikel ini sehingga ke penghujung untuk mengetahu lebih lagi.
Harga Beras Terkini
Bagi beras putih tempatan harga kawalan maksimum yang ditetapkan adalah sebanyak RM2.60 sekilogram (kg) sepertimana yang termaktub dalam peruntukan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522). Namun begitu bagi beras putih import tiada kawalan harga yang ditetapkan.
Berikut pula merupakan harga maksimum beras jualan secara borong dan runcit yang telah ditetapkan oleh kerajaan di bawah pengelolaan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu:
Laporan & Aduan
Jika anda mendapati harga beras di kawasan anda melebihi daripada had maksimum yang ditetapkan anda boleh melaporkan atau melakukan aduan kepada KPB melalui nombor talian di bawah:
Anda sangat digalakkan bagi melakukan aduan jika terlihat ketidakpatuhan yang telah dilakukan oleh peruncit dan pemborong, bagi memastikan anda mendapat hak anda dengan nilai yang setimpal.
Sebarang maklumat mengenai bekalan atau penipuan yang berlaku anda boleh juga lapor atau adukan ke alamat emel [email protected] atau melalui talian 03-88701751/1748/1183.
Dengan melakukan aduan, peruncit dan pemborong yang melakukan kesalahan akan di ambil tindakan ke atas mereka, dan dengan ini kawalan beras dapat diperketatkan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan harga beras terkini Malaysia, anda juga boleh melayari website Bahagian Pembangunan Industri Padi, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), di pautan
- Laman Rasmi : eLPPB
- Facebook : Kawalselia Padi Dan Beras