Advertisements

NILAM Johor: Cara Daftar Masuk dan Cara Rekod Bacaan Murid

NILAM Johor merupakan satu laman sesawang yang dicipta bagi memudahkan perekodan aktiviti bacaan NILAM para pelajar di Negeri Johor, di bawah pengelolaan Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

Berikut merupakan maklumat berkenaan sistem MNJ ini, teruskan membaca sehingga ke penghujung artikel untuk mengetahui lebih lagi.

NILAM Johor

Program NILAM yang membawa maksud “Nadi Ilmu Amalan Membaca” merupakan satu program yang membantu dalam galakan membaca dalam kalangan pelajar sekolah yang telah dimulakan sejak tahun 1999 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Modul NILAM Johor atau MNJ pula merupakan satu platform atau sistem dalam talian baharu yang telah dicipta oleh Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, JPN Johor bagi pengumpulan data bacaan yang menyuluruh dan seterusnya membantu dalam memudahkan pengguna bermula daripada peringkat murid, guru, sekolah, PPD dan JPN serta digunakan untuk pengiktirafan dalam pencapaian bintang PAJSK.

MNJ ini telah pun mula digunapakai oleh pelajar di Negeri Johor bermula pada 20 Januari 2022 dengan hanya menggunakan ID DELIMa yang telah disediakan oleh JPN Johor.

Cara Login NILAM Johor

Bagi pelajar yang bersekolah di Johor, berikut merupakan cara anda mendaftar masuk ke dalam sistem MNJ ini:

  1. Pergi ke laman rasmi Nilam Johor.
  2. Masukkan id DELIMa yang telah diberikan oleh guru anda dengan cara berikut:
    • Jika id DELIMa anda “[email protected]“, maka hanya masukkan bahagian hadaan sahaja, contohnya: “m-12673482“.
  3. Masukkan kata laluan yang telah ditetapkan.
  4. Klik butang ”Log Masuk”

Kaedah Merekod Bacaan

Bagi anda yang telah log masuk ke dalam MNJ dan ingin merekod bacaan, berikut adalah langkah yang boleh anda ikuti

1. Log masuk ke dalam akaun anda.

LOG MASUK

2. Pada bahagian menu utama anda cari dan klik, Aktiviti Bacaan.

AB-Nilam-Johor

3. Klik butang Tambah aktiviti bacaan untuk mula merekod bacaan anda kedalam MNJ.

SD-Nilam-Johor

4. Pilih maklumat Klasifikasi Bahan Bacaan yang terdiri daripada Kategori Bahan dan Kategori Bahasa.

KB-Nilam-Johor

5. Taip maklumat Bahan Bacaan seperti Judul, Sinopsis, Pengarang, Penerbit, Tahun terbit dan tarikh baca ke dalam Modul Nilam Johor anda.

MBB-MNJ

6. Selepas selesai membuat pengisian, klik butang Simpan.

*NOTA: Jika rekod berjaya disimpan, senarai bacaan akan berada di paparan Senarai Bahan yang dibaca, jika sebaliknya semak dan ulang langkah pengisian seperti langkah 4.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat tambahan dan panduan yang lebih jelas berkenaan Modul Nilam Johor ini anda boleh tonton video di bawah:

ATAU;

Anda boleh baca manual pengguna MNJ yang disediakan di bawah:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.