Advertisements

Renew Lesen GDL : Kaedah Dan Syarat Pembaharuannya

CARA RENEW LESEN GDL & HARGA TERKINI 2023

Lesen Memandu Vokasional GDL (Goods Driving License) merupakan lesen memandu yang perlu dimiliki oleh pemandu-pemandu kenderaan perdagangan atau perkhidmatan awam.

Bagi anda yang mempunyai lesen jenis ini, berikut kami kongsikan cara untuk anda memperbaharui lesen yang bakal tamat tempoh. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut.

Pengenalan Lesen GDL

Lesen memandu vokasional GDL (Good Driving License) merupakan lesen memandu bagi kenderaan perdagangan (motokar ringan, motokar berat kejur, dan motokar bersendi) yang membawa barangan untuk mengangkut barang-barangan.

Selalunya, mereka yang mengambil lesen GDL ini adalah orang yang ingin bekerja sebagai pemandu kenderaan perdagangan ataupun merupakan pekerja di syarikat-syarikat yang memerlukan pemandu kenderaan berat di Malaysia.

Untuk memiliki lesen ini anda perlu mempunyai lesen memandu kompeten (sekurang-kurangnya lesen memandu kelas D [manual sahaja]) dan lulus dalam ujian kelayakan vokasional yang telah ditetapkan oleh JPJ.

Sumber: Jom Belajar Memandu Kerian

Syarat Renew Lesen GDL

Bagi anda yang telah memiliki lesen ini dan ingin melakukan pembaharuan, anda perlu memastikan anda memenuhi syarat-syarat dibawah terlebih dahulu:

  1. Tempoh pembaharuan dibenarkan adalah 1 tahun sahaja;
  2. Tidak berada dalam senarai hitam.
  3. Mengemukakan laporan perubatan dan tempoh sah laku laporan perubatan (Borang JPJL8)  tidak melebihi satu (1) tahun;
  4. Lesen memandu kompeten (CDL) mesti berkuatkuasa melebihi satu (1) tahun.

Cara Renew Lesen GDL

Untuk melakukan pembaharuan lesen gdl secara manual, anda perlu pergi ke cawangan Jabatang Pengangkutan Jalan (JPJ) berdekatan anda dengan membawa borang pembaharuan lesen gdl dan dokumen-dokumen di bawah.

Lesen GDL

Borang Renew Lesen GDL

Berikut merupakan borang pembaharuan lesen gdl yang perlu anda cetak dan lengkapkan sebelum menghantarnya ke cawangan JPJ berdekatan anda:

Dokumen Yang Diperlukan

Anda perlu memastikan anda membawa dokumen-dokumen dibawah sewaktu pembaharuan lesen GDL anda:

  1. MyKad /Passport asal atau salinan MyKad/Passport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil;
  2. Pengenalan diri asal wakil;
  3. Lesen Memandu Kompeten (CDL) asal atau salinan;
  4. Pengesahan kesihatan Pegawai Perubatan(Borang JPJL8);
    • Boleh dapatkan Borang JPJL8 di sini.
  5. 1 keping gambar warna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm;
  6. Bayaran RM20.00/tahun;
  7. Memegang passport yang masih berkuatkuasa(warga Singapura)

Harga Renew Lesen GDL

Pembayaran sebanyak RM20.00 perlu dilakukan bagi melakukan pembaharuan lesen GDL anda bagi tempoh setahun.

Pembaharuan Lesen Secara Online

Buat masa ini, sebarang pembaharuan dan permohonan bagi mendapatkan lesen GDL ini hanya boleh dilakukan secara manual sahaja.

Baca juga: Cara-cara Untuk “Renew” Lesen Secara Atas Talian (Online)

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.