Advertisements

Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) 2023

Penghargaan Khas Kepada Pesara atau PKKP merupakan salah satu inisiatif kerajaan Madani dalam memastikan pencen dan pencen terbita yang diterima oleh golongan sasar tidak mengalami penurunan atau berkurang.

Penghargaan Khas Kepada Pesara ini akan membayar pencen dan pencen terbitan persara menggunakan amaun asal dan ia akan dibuat mulai pada bulan Julai 2023 sehingga Disember 2023.

Untuk mengetahui lebih lagi berkenaan penghargaan khas kepada pesara ini, teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujungnya.

Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP)

Penghargaan Khas Kepada Pesara adalah inisiatif Kerajaan untuk mengharmonikan pelaksanaan keputusan Mahkamah Persekutuan  yang membatalkan penyelarasan kenaikan pencen tahunan sebanyak dua peratus.

PKKP merupakan pembayaran perbezaan amaun pencen semasa dengan amaun pencen asal bagi menjadikan amaun yang diterima oleh pesara setiap bulan, sama seperti amaun pencen semasa.

Sebagai contoh, sekiranya amaun pencen asal pesara pada bulan Disember 2012 ialah sebanyak RM1,413.49, manakala amaun pencen bulan Jun 2023 ialah sebanyak RM1,757.43, pengiraan PKKP adalah seperti berikut:

Amaun pencen asal + Bantuan khas PKKP = Amaun semasa
= RM1,413.49 + RM343.94 = RM1,757.43

pkkp

Tarikh Bayaran

Bayaran PKKP bagi pesara ini akan dilakukan bermula pada Julai 2023 sehingga Disember 2023.

Bagi penyelarasan pencen seterusnya, kajian akan dilaksanakan bersekali dengan cadangan semakan semula sistem saraan perkhidmatan awam bersama dengan Kementerian Kewangan, untuk melihat kesan kepada pesara.

Sebarang maklumat lanjut berkenaan Penghargaan Khas Kepada Pesara ini akan kami

Maklumat Lanjut

Bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan PKKP ini anda boleh terus ke laman rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam atau anda boleh membaca FAQ yang disediakan pihak bertanggungjawab di bawah:

  1. Apakah kesan keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap pesara?
    • Bayaran pencen kepada semua pesara perlu dikembalikan kepada amaun pencen asal iaitu:
      • pegawai awam yang bersara sebelum 2013 – bayaran pencen dikembalikan kepada amaun Disember 2012; dan
      • pegawai awam yang bersara mulai 2013 – bayaran pencen dikembalikan kepada amaun asal semasa bersara
  2. Adakah pesara perlu membuat pembayaran semula kenaikan pencen dua peratus (2%) yang telah diberikan mulai tahun 2013?
    • Tidak perlu. Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Kerajaan tidak boleh mengutip balik penyelarasan pencen tahunan sebanyak 2% yang telah dibayar sebelum ini.
  3. Sehingga bila PKKP dibayar kepada pesara?
    • Bayaran akan dibuat bermula pada bulan Julai 2023 hingga Disember 2023.
  4. Adakah pesara terus menerima PKKP pada Januari 2024?
    • Tidak, walau bagaimanapun, perkara ini akan dikaji bersekali dengan cadangan sistem saraan perkhidmatan awam yang akan dipengerusikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri.
  5. Bilakah penyelarasan pencen bagi pesara akan dibuat?
    • Penyelarasan pencen akan dibuat selaras dengan pelaksanaan semakan gaji pegawai Perkhidmatan Awam.
  6. Adakah Kerajaan bercadang untuk melaksanakan semakan gaji pegawai Perkhidmatan Awam dalam masa yang terdekat ini?
    • Kerajaan sedang dalam tindakan menyediakan cadangan semakan semula gaji pegawai Perkhidmatan Awam. Walau bagaimanapun, sebarang pertimbangan terhadap syor semakan gaji adalah tertakluk kepada kemampuan kewangan Negara.

Baca juga: Subsidi Bantuan Tiket Kapal Terbang Bagi Pelajar Universiti Awam

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.