Advertisements

Puasa Asyura: Kebaikan, Niat dan Tarikh Puasa Bagi Tahun 2023

Puasa Asyura merupakan puasa sunat yang dilakukan pada Hari Asyura iaitu hari kesepuluh (10) dalam bulan Muharram yang merupakan bulan pertama dalam kalendar Islam.

Umat Islam sangat digalakkan melakukan amalan ini, kerana ia mempunya banyak manfaat dan kebaikan di mana diantaranya ia mampu menghapuskan dosa lalu kita dan ia juga dapat memberikan banyak ganjaran pahala.

Untuk mengetahui lebih lagi berkenaan puasa ini, teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujung.

Puasa Asyura

Perkataan Asyura itu berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud sepuluh. Oleh itu apabila menyebut Hari Asyura ia merujuk pada hari kesepuluh dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.

Pada hari Asyura ini, Rasulullah S.A.W akan melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura ini merupakan antara amalan biasa masyarakat tempatan.

Hal ini demikian kerana, mengikut kepercayaan masyarakat Islam zaman dahulu, Hari Asyura ini merupakan hari yang telah banyak berlaku keajabainke atas para nabi, sebagai contoh:

  1. Nabi Musa a.s telah diselamatkan daripada tentera Firaun
  2. Nabi Ibrahim a.s. telah diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
  3. Keampunan telah diberi ke atas Nabi Adam a.s
  4. Allah S.W.T telah menyelamatkan Nabi Yunus a.s daripada perut ikan.

Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut dan masyarakat Islam telah digalakkan untuk melakukan puasa sunat pada 10 Muharram sebagai amalan sunat yang sangat digalakkan.

Tarikh Puasa

Bagi umat Islam yang ingin melakukan amalan puasa sunat pada bulan Muharram ini, anda boleh melakukannya pada 9 dan 10 Muharram iaitu bersamaan dengan 27 Julai 2023 (Puasa Tasu’a) dan 28 Julai 2023 (Puasa Asyura).

Niat Puasa

Berikut merupakan niat bagi Puasa Asyura:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ سُنَّةِ ِعَا شُورَاء لِلهِ تَعَالَى

“Aku berniat puasa sunat Asyura esok hari kerana Allah SWT.”
Niat Puasa Asyura

Manfaat Puasa Asyura

Berpuasa pada bulan Muharram ini merupakan satu amalan sunat yang sangat digalakkan kerana bulan Muharram ini merupakan antara bulan yang Mulia dalam kalendar Islam.

Banyak kelebihan dan manfaat yang boleh diperoleh dengan melaksanakan puasa Asyura ini, namun ganjaran yang paling diinginkan oleh umat manusia adalah ganjaran penghapusan dosa-dosa setahun yang lepas.

Perkara ini telah pun diriwayatkan oleh Riwayat Muslim seperti dalam gambar di bawah:

asyura
Sumber: FB JAWIWP

Jadi marilah kita, merebut peluang ini untuk melakukan amal ibadah ini, dengan harapan dan doa agar dosa-dosa kita dihapuskan Allah S.W.T.

Baca juga:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.