Advertisements

Puasa Muharram: Dalil, Niat dan Jadual Puasa Sunat 2023

Bulan Muharram merupakan bulan pertama dalam Islam, dan pada awal bulan ini, umat Islam sangat digalakkan untuk melakukan puasa Muharram kerana bulan ini merupakan antara empat bulan paling mulia dalam kalendar Islam.

Malah dalam sebuah riwayat daripada Abu Hurairah R.A beliau telah berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَإِنَّ أَفْضَلَ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْمَفْرُوضَةِ صَلاَةٌ مِنَ اللَّيْلِ

“Seafdhal-afdhal puasa setelah bulan Ramadhan adalah berpuasa pada bulan Allah Muharram dan sesungguhnya solat yang paling afdhal setelah solat fardhu adalah solat malam (Qiamullail)”

(Riwayat Abu Daud 2429)

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan puasa sunat pada bulan pertama tahun Islam ini, teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujung.

Puasa Muharram

Puasa Muharram merupakan amalan sunat yang dilakukan pada bulan Muharram yang merupakan bulan pertama dalam kalendar Islam maka sangat digalakkan umat Islam membuka lembaran tahun baru ini dengan amalan puasa yang merupakan amalan paling utama dalam Agama Islam.

Keutamaan berpuasa pada bulan Muharram ini juga sangat ditekankan oleh Rasulullah S.A.W yang telah menyatakan bahawa:

Puasa-Muharram
Sumber: My #HadithTime

Jadual Puasa

Bagi anda yang ingin melakukan ibadah sunat puasa Muharram ini, berukut merupakan jenis puasa dan tarikh-tarikh yang anda boleh laksanakan ibadah sunat tersebut:

  • Puasa Sunat Isnin dan Khamis (20 Julai 2023 – 17 Ogos 2023)
  • Puasa Tasu’a (27 Julai 2023 [Khamis])
  • Puasa Asyura (28 Julai 2023 [Jumaat])
  • Puasa Hari Putih (31 Julai 2023 [Isnin] – 2 Ogos 2023 [Rabu])
Puasa-Muharram

Niat Puasa Muharram

Berikut merupakan niat puasa sunat bagi anda yang ingin menjalankan ibadah puasa ini:

1. Niat Puasa Sunat Isnin/Khamis

Isnin:

نَوَيْتُ صَوْمَ يَوْمَ اْلاِثْنَيْنِ سُنَّةً ِللهِ تَعَالَى

Maksudnya: “Sahaja aku berniat puasa sunat hari isnin kerana Allah ta’ala.”

Khamis:

نَوَيْتُ صَوْمَ يَوْمَ الْخَمِيْسِ سُنَّةً ِللهِ تَعَالَى

Maksudnya: “Sahaja aku berniat puasa sunat hari khamis kerana Allah ta’ala.”

2. Niat Puasa Tasu’a

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ سُنَّةِ التَا سُوعَاء لِلهِ تَعَالَى

Maksudnya: “Sahaja aku berniat puasa sunat Tasu‘a kerana Allah ta’ala.”

3. Niat Puasa Asyura

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ سُنَّةِ ِعَا شُورَاء لِلهِ تَعَالَى

Maksudnya: “Sahaja aku berniat puasa sunat Asyura kerana Allah ta’ala.”

4. Niat Puasa Putih (Ayyamul Bidh)

نَوَيْتُ صَوْمَ اَيَّامَ اْلبِيْضِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya : “Sahaja aku puasa sunat hari putih kerana Allah Taala.”

Puasa Putih

Puasa Putih atau Ayyamul Bidh merupakan amalan sunat yang dilakukan selama tiga hari pada setiap bulan dan ia juga termasuk dalam salah satu puasa yang sangat digalakkan dilakukan pada bulan Muharram ini.

Puasa ini dilakukan supaya seseorang itu terbiasa dengan amalan sunat dan dapat memudahkan puasa fardhu, ia akan dilakukan pada pertengahan bulan Islam iaitu 13, 14 dan 15 hari bulan Qamariah atau dipanggil Ayyamul Bidh (Hari Putih)

Berikut merupakan dalil berkenaan puasa putih ini menurut Abu Hurairah r.a:

“Kekasihku SAW berwasiat kepadaku tiga perkara yang aku tidak akan tinggalkan sehingga aku mati; iaitu berpuasa 3 hari pada setiap bulan, solat dhuha dan solat witir sebelum tidur.”

-Sahih Bukhari nombor 1178.

Sumber: Fakhri

Baca juga: Puasa Tasu’a: Dalil, Niat dan Tarikh Puasa Bagi Tahun 2023

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.