Anugerah Bintang Popular Berita Harian atau lebih dikenali sebagai ABPBH merupakan satu anugerah yang diwujudkan bagi menghargai penggiat seni hiburan di Malaysia yang di anjurkan oleh Berita Harian.
Pada 21 Julai 2023 (Jumaat) yang lepas, Anugerah Bintang Popular BH yang ke-35 telah pun dijalankan di Istana Budaya dengan tema #EKSPRESILEGASISENI.
Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Anugerah Bintang Popular BH 2023 ini, teruskan membaca sehingga ke penghujung artikel.
ABPBH 2023
Anugerah Bintang Popular Berita Harian, merupakan satu majlis anugerah yang dianjurkan oleh Berita Harian bagi menghargai bakat-bakat penggiat seni di Malaysia sejak tahun 1987 lagi.
Pada 21 Julai 2023 yang lepas, Anugerah Bintang Popular BH yang ke-35 ini telahpun berlangsung di Istana Budaya dengan tema ‘Ekspresi Legasi Seni’ bagi menelusuri evolusi industri kreatif bermula dari era kegemilangan Seniman Agung, P. Ramlee dan Biduanita Negara, Saloma hingga bakat pelapis era digital.
Undian bagi Anugerah Bintang Popular BH yang ke-35 ini telah dilakukan daripada 12 Mei 2023 sehingga 11 Jun 2023 menerusi laman web rasmi ABPBH yang mana undian boleh dilakukan sama ada secara percuma ataupun pakej langganan digital.
Senarai Anugerah Bagi ABPBH 35
Kategori anugerah yang dipertandingkan kali ini telah dibahagi kepada dua kategori iaitu kategori utama dengan dua belas (12) kategori kecil dibawahnya dan kategori ekstra dengan tujuh (7) kategori kecil dibawahnya.
1. Anugerah Kategori Utama dan Pemenang
Berikut merupakan senarai anugerah dalam kategori utama yang dipertandingkan pada ABPBH ke-35 ini dan pemenangnya:
Berikut merupakan senarai anugerah dalam kategori ekstra yang dipertandingkan pada ABPBH ke-35 ini dan pemenangnya:
Senarai Anugerah | Pemenang |
Couple Drama Popular | Meerqeen & Anna Jobling (Melur Untuk Firdaus) |
Couple Filem Popular | Aaron Aziz & Nadiya Nisaa (Dekatnya Cinta) |
Drama Popular | Melur Untuk Firdaus |
Lagu Paling Boom | “Terus Hidup” (Aina Abdul) |
Content Creator Popular | Alieff Irfan |
TikToker Popular | Sally Whoo |
Video Viral Popular | Syahmi Sazli, Asif Suhaimi dan Yoe Parey |
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan ABPBH ke-35 ini anda boleh tontoni semula rakaman siaran langsung di YouTube rasmi TV3 atau melalui aplikasi TONTON.