Advertisements

Subsidi Bantuan Tiket Kapal Terbang Bagi Pelajar Universiti Awam

Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke, baru-baru ini telah mengumumkan berkenaan subsidi bantuan tiket kapal terbang sebanyak RM300 bagi pelajar Universiti Awam (UA).

Inisiatif ini telah diambil oleh kerajaan Madani bagi meringankan beban kewangan para pelajar untuk pulang ke kampung halaman mereka bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan, mulai 15 Ogos 2023 ini.

Untuk mengetahui lebih lagi berkenaan inisiatif kerajaan ini, teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujung.

Subsidi pembelian tiket

Subsidi Tiket Penerbangan Untuk Pelajar IPT

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, subsidi bantuan ini bakal diberikan kepada para pelajar Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) yang ingin pulang ke kampung halaman bagi laluan domestik Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan.

Perkara ini telah dilakukan oleh pihak kerajaan bagi membantu dalam meringankan beban pelajar yang perlu menaiki kapal terbang untuk perjalanan pergi dan balik ke universiti mereka.

Menurut Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke, sebanyak RM300 akan diberikan kepada pelajar yang layak untuk pembelian tiket bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan bermula 15 Ogos 2023 sehingga 31 Oktober 2023.

Subsidi ini hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, Firefly dan MYAirline sahaja.

Subsidi pembelian tiket

Jumlah Subsidi Bantuan

Bagi pelajar yang memenuhi syarat kelayakan, mereka akan memperoleh bantuan subsidi sebanyak RM300 melalui “credit shell’ yang akan dikeluarkan oleh syarikat penerbangan terlibat.

Syarat Kelayakan Permohonan

Bagi anda yang berminat untuk memohon subsidi bantuan tiket kapal terbang ini, anda perlu memastikan anda memenuhi syarat-syarat kelayakan di bawah:

  1. Pelajar yang layak untuk menerima subsidi ini adalah semua pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di universiti awam pada tahun 2023 dalam kategori berikut:
    • berasal dari Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Semenanjung;
    • berasal dari Semenanjung (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
    • berasal dari Sabah (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
    • berasal dari Sarawak (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan; atau
    • berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Sarawak. 
  2. Hanya sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan; 
    • kelas ekonomi antara tempat asal (Semenanjung/ Sabah/ Sarawak/ Labuan) dan tempat pelajar sedang menuntut (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan). 
  3. Hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, Firefly dan MYAirline. 
  4. Tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Oktober 2023, namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.

Kaedah Permohonan Subsidi Bantuan Tiket Kapal Terbang Bagi Pelajar Universiti Awam 2023

Bagi anda yang telah memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan anda boleh melakukan permohonan bantuan subsidi bagi pembelian tiket penerbangan secara berikut:

  1. Semak Kelayakan
    • Membuat semakan kelayakan melalui laman sesawang Kementerian Pengangkutan yang akan dimaklumkan nanti.
    • Sekiranya pelajar didapati tidak layak, pelajar boleh membuat semakan dan rayuan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi melalui universiti masing-masing
  2. Melakukan Permohonan
    • Melakukan permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan di laman sesawang syarikat penerbangan yang dipilih oleh pelajar;
  3. Gunakan baucer yang diberikan
    • Setelah menerima permohonan tersebut, syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada pelajar sebagai credit shell untuk membeli tiket penerbangan.
    • Sekiranya harga tiket yang dibeli adalah kurang daripada RM300, baki baucer digital akan kekal dalam credit shell untuk digunakan bagi pembelian tiket seterusnya
    • Menggunakan baucar untuk membuat pembelian tiket penerbangan bagi laluan-laluan yang dibenarkan.

Maklumat Lanjut Subsidi Bantuan Tiket Kapal Terbang Bagi Pelajar Universiti Awam

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan subsidi bantuan pembelian tiket penerbangan ini, anda boleh rujuk dalam dokumen di bawah:

ATAU;

Anda boleh melayari laman rasmi  Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.