Pada 8 Jun ini semua wajib cuti bersempena cuti umum Hari Keputeraan Agong.
Cuti ini tidak boleh diganti pada tarikh lain.
Sekiranya pekerja diarahkan bekerja pada 8 Jun, majikan perlulah membayar gaji pada kadar bayaran bagi hari kelepasan am selaras dengan peruntukan Akta 265.
Baca juga: Kalendar Cuti Umum Sepanjang 2020
Cuti Umum Hari Keputeraan Agong
8 Jun telah pun diisytiharkan sebagai hari kelepasan am bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Hari kelepasan am ini adalah termaktub sebagai hari cuti umum yang wajib diberikan kepada pekerja menurut Seksyen 60D (1)(a)(ii) Akta Kerja 1955 (Akta 265)