Peningkatan suhu dan keadaan cuaca yang panas disebabkan peralihan Monsun Timur Laut, menyebabkan risiko penyakit strok haba turut meningkat.
Bara-baru ini, telah kecoh di media-media sosial berkenaan beberapa orang kanak-kanak yang meninggal dunia selepas disyaki mengalami strok haba akibat musim panas yang berkemungkinan berpanjangan sehingga bulan Ogos ini.
Oleh itu, untuk mengelakkan daripada anda dan keluarga terkena penyakit ini, anda perlu peka dan mengenal tanda atau gejala penyakit dan cara menanganinya, bagi menjamin kesihatan dan keselamatan anda dan orang tersayang.
Musim Panas Di Malaysia & Bahaya Strok Haba
Cuaca panas yang melampau dan berpanjangan iaitu melebihi 35°C akan menyebabkan penyakit-penyakit melibatkan haba seperti kelesuan haba, kekejangan, ruam panas dan strok haba meningkat naik dalam kalangan penduduk.
Diantara penyakit-penyakit yang disebabkan oleh haba atau cuaca panas keterlaluan yang telah dinyatakan, strok haba merupakan salah satu penyakit berkaitan haba yang paling serius kerana ia boleh menyebabkan kecacatan seumur hidup ataupun kematian.
Penyakit ini berlaku apabila badan tidak lagi dapat mengawal suhunya, di mana suhu badan meningkat dengan cepat, mekanisme peluh gagal, dan badan tidak dapat menyejukkan badan.
Apabila ia berlaku, suhu badan boleh meningkat kepada 40-41°C (106°F) atau lebih tinggi dalam masa 10 hingga 15 minit.
Golongan Berisiko Tinggi
Terdapat beberapa golongan yang berisiko tinggi dalam mengalami strok haba ini, dan jika anda merupakan salah seorang yang berada di bawah golongan ini pastikan anda mengambil langkah berjaga-jaga:
- Warga emas berusia 65 tahun ke atas.
- Bayi dan kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah
- Ibu yang sedang hamil atau sedang menyusukan anak
- Pesakit kronik (Contoh: pesakit darah tinggi, kencing manis, jantung dan pesakit yang melibatkan pernafasan)
- Pekerja yang terdedah kepada suhu panas (Contoh: pekebun, peladang, dan buruh)
Tanda atau Gejala Strok Haba
Sebagai langkah berhati-hati pastikan anda tahu tanda atau gejala penyakit ini, agar jika ia berlaku tindakan segera dapat diambil.
Dibawah merupakan sembilan (9) tanda-tanda seseorang itu bakal atau telah diserang strok haba menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):
- Kerap Sakit Kepala
- Senang hilang fokus (Tidak selesa, keliru dan mungkin menjadi tidak sedar)
- Bengkak pada lidah
- Suhu melebihi 39°C (40°C ke atas)
- Denyutan nadi yang laju (Pernafasan cepat dan pendek)
- Tekanan darah rendah
- Kelesuan dan kerap pengsan
- Tidak berpeluh
- Kulit kering dan kemerah-merahan
Jika anda mengalami gejala ini atau terdapat tanda-tanda ini pada orang di sekeliling anda pastikan anda terus ke klinik bagi mendapatkan rawatan selanjutnya sebelum ia bertambah teruk.
Sumber: Strok Haba (Heat Stroke) – Portal MyHealth
Rawatan
Jika orang terdekat anda diserang strok haba anda boleh melakukan perkara di bawah untuk membantu dalam merawat pesakit tersebut:
- Hubungi 999 untuk rawatan perubatan kecemasan atau anda boleh terus membawa pesakit terus ke hospital
- Jika anda perlu menunggu ambulan, pastikan anda telah mengalihkan pesakit ke kawasan teduh, sejuk dan berbumbung.
- Baringkan pesakit dan tanggal/longgarkan pakaian pesakit (Contoh: tudung, sut, kardigan atau sebarang pakaian tebal)
- Berikan pesakit air untuk di minum.
- Sejukkan pesakit menggunakan kipas, aircond, atau ais di bahagian berikut:
- Kepala
- Leher
- Ketiak
- Pangkal paha
- Tunggu bersama pesakit sehingga pasukan perubatan tiba.
Sumber: HEAT STRESS- Center for Disease Control and Prevention
Tips dan Cara Menangani
Dibawah merupakan tips dan cara menangani strok haba yang perlu anda tahu dan lakukan sewaktu musim panas ini:
- Hadkan diri daripada melakukan aktiviti fizikal
- Banyakkan minum air kosong
- Berada di dalam kawasan teduh dan lebih sejuk
- Pakai payung atau topi di kawasan luar
- Pakai pakaian yang cerah (Contoh: warna putih, kelabu), ringan dan nyah haba.
- Banyakkan pengambilan buah-buahan
- Kurangkan pengambilan kafein, minuman berakohol dan minuman manis.
Strok Haba Pada Haiwan Peliharaan
Selain manusia, haiwan juga boleh terkena strok haba ini, jika haiwan peliharaan anda terkena penyakit ini anda boleh melakukan perkara berikut untuk merawat mereka:
- Pastikan haiwan peliharaan anda berada di tempat yang sejuk atau terlindung dari cahaya matahari.
- Basahkan badan haiwan peliharaan anda
- Letakkan tuala sejuk di bahagian kepala, leher dan dada mereka.
- Berikan air minuman sejuk
- Bawa ke klinik haiwan
Dibawah merupakan tanda-tanda bahawa haiwan peliharaan anda telah diserang penyakit strok haba:
Baca juga: