Pada 1 Julai 2023 yang lepas, Menteri Besar Negeri Sembilan iaitu Datuk Seri Aminuddin Harun, telah pun mengumumkan pembubaran DUN di Negeri Sembilan, yang bermaksud Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ini akan berlangsung dalam tempoh 60 hari setelah pembubaran DUN berlaku.
Oleh itu, berikut kami sediakan maklumat berkenaan PRN yang akan berlangsung pada 12 Ogos 2023 ini, teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut.
Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan
Kebiasaannya, proses Pilihan Raya Negeri (PRN) ini, dijalankan secara serentak di seluruh Malaysia, namun pada tahun lepas, hanya tiga negeri ( Perlis, Perak dan Pahang) sahaja yang mengadakan PRN secara serentak, manakala empat lagi negeri (Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor) telah mengadakan pilihan raya negeri mereka lebih awal disebabkan krisis politik yang berlaku.
Oleh itu, PRN kali ini dilakukan untuk enam negeri yang tidak membubarkan DUN mereka pada tahun sebelum ini sahaja iaitu negeri Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Terengganu, dan Negeri Sembilan.
Pada 1 Julai 2023, Menteri Besar Negeri Sembilan telah pun membubarkan DUN Negeri Sembilan, oleh itu, sejajar dengan akta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), PRN ini akan dijalankan 60 hari selepas pembubaran DUN dilakukan.
Tarikh PRN Negeri Sembilan
Berikut merupakan tarikh-tarikh penting yang perlu anda ambil tahu sebagai seorang pengundi bertanggungjawab bagi PRN kali ini:
- Hari Megundi: 12 Ogos 2023 (Sabtu), (60 hari selepas pembubaran DUN)
- Penamaan Calon: 29 Julai 2023 (Sabtu)
- Hari Undi Awal: 8 Ogos 2023 (Selasa). (Bagi Pengundi awal yang terdiri daripada anggota Tentera, Polis, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan mereka)
Semakan Daftar Pemilih
Sekiranya anda merupakan pengundi berdaftar di Negeri Sembilan dan bakal menjalankan tanggungjawab anda pada PRN Negeri Sembilan ini, anda boleh membuat semakan daftar pengundi anda melalui laman web rasmi SPR dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web SPR
- Klik pada “Semakan Daftar Pengundi”
- Masukan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Captcha yang tertera
- Klik pada butang “Semak”
- Hasil carian akan dipaparkan.
Semakan Tempat Mengundi
Dengan langkah yang sama seperti di atas, anda juga boleh mendapatkan maklumat berkenaan tempat mengundi anda bagi PRN Negeri Sembilan ini.
Selalunya, lokasi mengundi ini akan diberikan berdasarkan pada alamat yang tertera pada Kad Pengenalan anda.
Selain melalui laman rasmi SPR, anda juga boleh membuat semakan tempat mengundi dengan cara berikut:
Perincian mengenai lokasi mengundi akan diberikan setelah tarikh PRN ini dimuktamadkan oleh pihak SPR
Maklumat Tambahan
Untuk maklumat lanjut berkenaan PRN Negeri Sembilan yang bakal dijalankan pada 12 Ogos ini, anda boleh dapatkannya melalui applikasi MySPR Semak atau melalui laman web rasmi mereka di pautan berikut: https://myspr.spr.gov.my/
Baca juga: