Advertisements

PRN Terengganu 2023: Tarikh dan Semakan Tempat Mengundi

Pada  28 Jun 2023 yang lepas, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar telah pun mengumumkan pembubaran DUN Terengganu, yang bermaksud Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu akan berlangsung dalam tempoh 60 hari setelah pembubaran DUN berlaku.

Oleh itu, berikut kami sediakan maklumat berkenaan PRN Terengganu yang akan berlangsung pada 12 Ogos 2023 ini, teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu

Kebiasaannya, proses Pilihan Raya Negeri (PRN) ini, dijalankan secara serentak di seluruh Malaysia, namun pada tahun lepas, hanya tiga negeri ( Perlis, Perak  dan Pahang) sahaja yang mengadakan PRN secara serentak, manakala empat lagi negeri (Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor) telah mengadakan pilihan raya negeri  mereka  lebih awal disebabkan krisis politik yang berlaku.

Oleh itu, PRN kali ini dilakukan untuk enam negeri yang tidak membubarkan DUN mereka pada tahun sebelum ini sahaja iaitu negeri Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Terengganu, dan Negeri Sembilan.

Pada 28 Jun 2023, Menteri Besar Terengganu, telah pun membubarkan DUN Terengganu, oleh itu, sejajar dengan akta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), PRN ini akan dijalankan 60 hari selepas pembubaran DUN dilakukan.

PRN TERENGGANU

Tarikh PRN Terengganu

PRN Terengganu ini akan dijalankan pada 12 Ogos 2023, sejajar dengan Akta Suruhanjaya  Pilihan Raya (SPR), yang menyatakan PRN perlu dilakukan selepas 60 hari pembubaran DUN diumumkan oleh kerajaan negeri terdahulu.

Penamaan Calon bertanding bagi PRN kali ini akan dilakukan pada 29 Julai 2023, dan Hari Undi Awal, bagi pengundi awal (Anggota Tentera, Polis, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan mereka) akan dijalankan pada 8 Ogos 2023.

PRN Terengganu

Semakan Daftar Pemilih

Sekiranya anda merupakan pengundi berdaftar di negeri Terengganu dan bakal menjalankan tanggungjawab anda pada PRN Terengganu ini, anda boleh membuat semakan daftar pengundi anda melalui laman web rasmi SPR dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web SPR
  2. Klik pada “Semakan Daftar Pengundi”
  3. Masukan Nombor Kad Pengenalan anda.
  4. Masukkan Captcha yang tertera
  5. Klik pada butang “Semak”
  6. Hasil carian akan dipaparkan.

Perincian mengenai lokasi mengundi akan diberikan setelah tarikh PRN Terengganu dimuktamadkan oleh pihak SPR.

AppsMySPRSEMAK

Langkah Mengundi

Bagi anda yang bakal menjalankan tanggungjawab anda sebagai pengundi bagi PRN Terengganu ini nanti, berikut merupakan 10 langkah pengundian yang perlu anda ikuti:

  1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh Anggota Polis yang mengawal selia pintu masuk.
  2. Serahkan MyKad / Dokumen Pengenalan Diri dan Slip Semakan (sekiranya ada) kepada Kerani Pengundian Pertama. Kemudian, tunjukkan kedua-dua belah tangan untuk diperiksa.
  3. Kerani Pengundian Pertama akan memberikan MyKad / Dokumen Pengenalan Diri pengundi kepada Kerani Pengundian Kedua untuk pengesahan. Pasti No. Kad Pengenalan dan nama anda yang diteriakkan oleh kerani Pengundian Pertama adalah TEPAT.
  4. Bergerak ke hadapan Kerani Pengundian Kedua. Celupkan jari telunjuk tangan kiri ke dalam botol Dakwat Pilihan Raya apabila diminta oleh Kerani Pengundian Kedua.
  5. Terima kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga. (Kerani Pengundian Pertama akan membuat penandaan nama anda dalam Buku Daftar Pemilih Pilihan Raya apabila jari anda dicelupkan ke dalam botol Dakwat Pilihan Raya).
  6. Bergerak ke meja Ketua Tempat Mengundi (KTM) untuk meninggalkan telefon bimbit.
  7. Maju ke petak undi dan tandakan ‘X’ pada ruang kosong bersebelahan dengan nama dan simbol calon dalam Kertas Undi dengan menggunakan pen. PILIH SATU CALON SAHAJA.
  8. Masukkan kertas undi dalam Peti Undi yang betul.
  9. Bergerak ke meja KTM sekali lagi untuk mengambil telefon bimbit.
  10. Segera tinggalkan tempat mengundi setelah selesai mengundi.
langkah-pengundian

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan PRN Terengganu yang bakal dijalankan pada 12 Ogos ini, anda boleh dapatkannya melalui applikasi MySPR Semak atau melalui laman web rasmi mereka di pautan berikut: https://myspr.spr.gov.my/

Baca juga:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.