Advertisements

PRN Pulau Pinang 2023 : Tarikh dan Semakan Tempat Mengundi

Pada  28 Jun 2023 yang lepas, Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Chow Kon Yeow telah pun mengumumkan pembubaran DUN Pulau Pinang, yang bermaksud Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang akan berlangsung dalam tempoh 60 hari setelah pembubaran DUN berlaku.

Oleh itu, berikut kami sediakan maklumat berkenaan PRN yang akan berlangsung pada 12 Ogos 2023 ini, teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang

Kebiasaannya, proses Pilihan Raya Negeri (PRN) ini, dijalankan secara serentak di seluruh Malaysia, namun pada tahun lepas, hanya tiga negeri ( Perlis, Perak  dan Pahang) sahaja yang mengadakan PRN secara serentak, manakala empat lagi negeri (Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor) telah mengadakan pilihan raya negeri  mereka  lebih awal disebabkan krisis politik yang berlaku.

Oleh itu, PRN kali ini dilakukan untuk enam negeri yang tidak membubarkan DUN mereka pada tahun sebelum ini sahaja iaitu negeri Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Terengganu, dan Negeri Sembilan.

Pada 28 Jun 2023, Ketua Menteri Pulau Pinang, telah pun membubarkan DUN Pulau Pinang, oleh itu, sejajar dengan akta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), PRN ini akan dijalankan 60 hari selepas pembubaran DUN dilakukan.

PRN Pulau Pinang

Tarikh PRN Pulau Pinang

Berikut merupakan tarikh-tarikh penting yang perlu anda ambil tahu sebagai seorang pengundi bertanggungjawab bagi PRN Pulau Pinang ini:

  • Hari Megundi: 12 Ogos 2023 (Sabtu), (60 hari selepas pembubaran DUN)
  • Penamaan Calon: 29 Julai 2023 (Sabtu)
  • Hari Undi Awal: 8 Ogos 2023 (Selasa). (Bagi Pengundi awal yang terdiri daripada anggota Tentera, Polis, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan mereka)
PRN Pulau Pinang

Semakan Daftar Pemilih

Sekiranya anda merupakan pengundi berdaftar di negeri Pulau Pinang dan bakal menjalankan tanggungjawab anda pada PRN Pulau Pinang ini, anda boleh membuat semakan daftar pengundi anda melalui laman web rasmi SPR dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web SPR
  2. Klik pada “Semakan Daftar Pengundi”
  3. Masukan Nombor Kad Pengenalan anda.
  4. Masukkan Captcha yang tertera
  5. Klik pada butang “Semak”
  6. Hasil carian akan dipaparkan.

Perincian mengenai lokasi mengundi akan diberikan setelah tarikh PRN Pulau Pinang dimuktamadkan oleh pihak SPR

AppsMySPRSEMAK-1

Semakan Tempat Mengundi

Dengan langkah yang sama seperti di atas, anda juga boleh mendapatkan maklumat berkenaan tempat mengundi anda bagi PRN Kelantan ini.

Selalunya, lokasi mengundi ini akan diberikan berdasarkan pada alamat yang tertera pada Kad Pengenalan anda.

Selain melalui laman rasmi SPR, anda juga boleh membuat semakan tempat mengundi dengan cara berikut:

prn kelantan

Perincian mengenai lokasi mengundi bagi PRN Kelantan ini akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Maklumat Tambahan

Untuk maklumat lanjut berkenaan PRN Pulau Pinang yang bakal dijalankan pada 12 Ogos ini, anda boleh dapatkannya melalui applikasi MySPR Semak atau melalui laman web rasmi mereka di pautan berikut: https://myspr.spr.gov.my/

Baca juga:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.