Pada 23 Jun 2023 yang lepas, Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari telah pun mengumumkan pembubaran DUN Selangor, yang bermaksud Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor akan berlangsung dalam tempoh 60 hari setelah pembubaran DUN berlaku.
Oleh itu, berikut kami sediakan maklumat berkenaan PRN yang akan berlangsung pada 12 Ogos 2023 ini, teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut.
Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor
Kebiasaannya, proses Pilihan Raya Negeri (PRN) ini, dijalankan secara serentak di seluruh Malaysia, namun pada tahun lepas, hanya tiga negeri ( Perlis, Perak dan Pahang) sahaja yang mengadakan PRN secara serentak, manakala empat lagi negeri (Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor) telah mengadakan pilihan raya negeri mereka lebih awal disebabkan krisis politik yang berlaku.
Oleh itu, PRN kali ini dilakukan untuk enam negeri yang tidak membubarkan DUN mereka pada tahun sebelum ini sahaja, dan antara negeri yang bakal terlibat dengan PRN kali ini adalah negeri Selangor.
PRN Selangor ini akan dijalankan pada 12 Ogos 2023, sejajar dengan Akta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang menyatakan PRN perlu dilakukan selepas 60 hari pembubaran DUN diumumkan oleh kerajaan negeri terdahulu.
Tarikh PRN Selangor
Seperti yang dinyatakan, PRN Selangor ini akan di adakan pada 12 Ogos 2023 sejajar dengan Akta yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Hari Penamaan Calon pula jatuh pada 29 Julai 2023, dengan Hari Awal Undi PRN Selangor, bagi Pengundi Awal (Tentera, Polis, Pegawai Gerakan Am dan Pasangan mereka) jatuh pada 8 Ogos 2023.
Oleh itu, bagi anda yang keluar mengundi pada PRN kali ini, pastikan anda peka dengan tarikh-tarikh berikut, agar tidak terlepas dalam menjalankan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia.
Semakan Daftar Pemilih
Sekiranya anda merupakan pengundi berdaftar di negeri Selangor, dan bakal menjalankan tanggungjawab anda sebagai pengundi bagi PRN Selangor ini, anda boleh membuat semakan daftar pengundi melalui laman web rasmi SPR dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web SPR
- Klik pada “Semakan Daftar Pengundi”
- Masukan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Captcha yang tertera
- Klik pada butang “Semak”
- Hasil carian akan dipaparkan.
Nota: Selalunya, lokasi pendaftaran anda adalah berdasarkan alamat pada kad pengenalan anda, namun untuk lebih teliti lagi, perincian mengenai lokasi mengundi ini bakal diberikan setelah tarikh dimuktamadkan oleh pihak SPR.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkenaan PRN Selangor yang bakal dijalankan pada 12 Ogos ini, anda boleh dapatkannya melalui applikasi MySPR Semak atau melalui laman web rasmi mereka di pautan berikut: https://myspr.spr.gov.my/
Baca juga: PRN Kedah 2023: Semakan Pemilih, Tarikh & Tempat Mengundi