Advertisements

PRN Kelantan 2023 : Semakan Pemilih, Tarikh & Tempat Mengundi

Pada  22 Jun 2023 yang lepas, Menteri Besar Kelantan, Dato Ahmad Yaakob telah pun mengumumkan pembubaran DUN Kelantan, yang bermaksud Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan akan berlangsung dalam tempoh 60 hari setelah pembubaran DUN berlaku.

Oleh itu, berikut kami sediakan maklumat berkenaan PRN yang akan berlangsung pada 12 Ogos 2023 ini, teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan

Kebiasaannya, proses Pilihan Raya Negeri (PRN) ini, dijalankan secara serentak di seluruh Malaysia, namun pada tahun lepas, hanya tiga negeri ( Perlis, Perak  dan Pahang) sahaja yang mengadakan PRN secara serentak, manakala empat lagi negeri (Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor) telah mengadakan pilihan raya negeri  mereka  lebih awal disebabkan krisis politik yang berlaku.

Oleh itu, PRN kali ini dilakukan untuk enam negeri yang tidak membubarkan DUN mereka pada tahun sebelum ini sahaja iaitu negeri Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Terengganu, dan Negeri Sembilan.

Pada 22 Jun 2023, Menteri Besar Kelantan , telah pun membubarkan DUN Kelantan, oleh itu, sejajar dengan akta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), PRN ini akan dijalankan 60 hari selepas pembubaran DUN dilakukan.

PRN Pulau Pinang

Tarikh PRN Kelantan

Berikut merupakan tarikh-tarikh penting yang perlu anda ambil tahu sebagai seorang pengundi bertanggungjawab bagi PRN Kelantan ini:

  • Hari Megundi: 12 Ogos 2023 (Sabtu), (60 hari selepas pembubaran DUN)
  • Penamaan Calon: 29 Julai 2023 (Sabtu)
  • Hari Undi Awal: 8 Ogos 2023 (Selasa). (Bagi Pengundi awal yang terdiri daripada anggota Tentera, Polis, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan mereka)
PRN Kelantan

Semakan Daftar Pemilih

Sekiranya anda merupakan pengundi berdaftar di negeri Kelantan dan bakal menjalankan tanggungjawab anda pada PRN Kelantan ini, anda boleh membuat semakan daftar pengundi anda melalui laman web rasmi SPR dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web SPR
  2. Klik pada “Semakan Daftar Pengundi”
  3. Masukan Nombor Kad Pengenalan anda.
  4. Masukkan Captcha yang tertera
  5. Klik pada butang “Semak”
  6. Hasil carian akan dipaparkan.

Semakan Tempat Mengundi

Dengan langkah yang sama seperti di atas, anda juga boleh mendapatkan maklumat berkenaan tempat mengundi anda bagi PRN Kelantan ini.

Selalunya, lokasi mengundi ini akan diberikan berdasarkan pada alamat yang tertera pada Kad Pengenalan anda.

Selain melalui laman rasmi SPR, anda juga boleh membuat semakan tempat mengundi dengan cara berikut:

prn kelantan

Perincian mengenai lokasi mengundi bagi PRN Kelantan ini akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Maklumat Tambahan

Untuk maklumat lanjut berkenaan PRN Kelantan yang bakal dijalankan pada 12 Ogos ini, anda boleh dapatkannya melalui applikasi MySPR Semak atau melalui laman web rasmi mereka di pautan berikut: https://myspr.spr.gov.my/

Baca juga:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.