Doa Akhir Tahun merupakan doa yang akan dibaca sempena berakhirnya tahun Hijrah bagi tahun ini (1444H) dan bacaan doa awal tahun pula akan dibaca bagi memulakan tahun baharu (1445H).
Untuk tahun ini, umat Islam akan menyambut tahun baharu atau lebih dikenali sebagai Awal Muharram atau Maal Hijrah pada 19 Julai 2023.
Oleh itu bacaan doa tersebut akan dilakukan pada 18 Julai 2023, iaitu hari terakhir sebelum masuknya tahun Hijrah yang baharu iaitu tahun 1445H.
Untuk mengetahui lebih lagi, teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujungnya.
Doa Akhir Tahun
Bagi menutupi tahun ini dengan lebih baik, anda boleh membaca doa di bawah sebanyak 3 kali, pada 18 Julai 2023 pada akhir waktu Asar sehingga sebelum waktu Maghrib.
Hal ini demikian kerana, dalam kalendar Islam, sejurus datangnya waktu Maghrib ia menandakan hari baharu. Oleh itu bagi membaca doa akhir tahun ini, anda perlu membacanya sebelum waktu Maghrib.
Doa Awal Tahun
Selepas masuknya waktu Maghrib pada 18 Julai 2023, ia menandakan bahawa kita telah pun masuk dalam tahun baharu Hijrah iaitu tahun 1445H.
Bagi memulakan tahun baharu ini dengan penuh keberkatan, doa awal tahun boleh dibaca sebanyak 3 Kali juga tetapi selepas waktu Maghrib.
Berikut merupakan doa awal tahun yang telah dikongsikan pihak JAKIM:
Doa Tambahan
Bagi memenuhi keberkatan bulan Muharram yang menandakan kemasukan awal tahun baharu dalam kalendar Islam ini, anda juga boleh membaca doa di bawah daripada 1 Muharram (19 Julai 2023) sehingga 10 Muharram (28 Julai 2023).
DO‘A DIBACA DARI AWAL MUHARRAM HINGGA HARI KESEPULUH MUHARRAM
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ إِنَّكَ قَدِيمٌ وَهَذَا عَامٌ جَدِيدٌ قَدْ أَقْبَلَ وَسَنَةٌ جَدِيدَةٌ قَدْ أَقْبَلَتْ، نَسْئَـلُكَ مِنْ خَيْرِهَا وَنَعُوذُبِكَ مِنْ شَرِّهَا، وَنَسْتَـكْفِيهَا فَوَاتَهَا وَشُغْلَهَا فَارْزُقْنَا العِصْمَةَ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ. اَللَّهُمَّ إِنَّكَ سَلَّطْتَ عَلَيْنَا عَدُوًّا بَصِيرًا بِعُيُوبِنَا وَمُطَّلِعًا عَلَى عَوْرَاتِـنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِينَا وَمِنْ خَلْفِنَا وَعَنْ أَيْمَانِنَا وَشَمَائِلِنَا يَرَانَا هُوَ وَقِبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لاَ نَرَاهُمْ، اَللَّهُمَّ آيِسْهُ مِنَّا كَمَا آيَسْـتَهُ مِنْ رَحْمَتِكَ وَقَـنِّطْهُ مِنَّا كَمَا قَـنَّطْتَهُ مِنْ عَفْوِكَ وَبَاعِدْ بَيْـنَنَا وَبَيْـنَهُ كَمَا حُلْتَ بَيْـنَهُ وَبَيْنَ مَغْفِرَتِكَ، إِنَّكَ قَادِرٌ عَلَى ذَلِكَ وَأَنْتَ الفَعَّـالُ لِمَا تُرِيدُ. وَصَلَّى اللهُ تَعَالَى عَلَى سَيـِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلَّمَ.
(Dibaca sebanyak 3 kali)
Hari Asyura
Sempena kemasukan tahun baharu ini, umat Islam juga digalakkan untuk menyambut Hari Asyura yang disambut pada 10 Muharram iaitu pada petang 27 Julai 2023 sehingga 28 Julai 2023.
Sempena hari asyura ini, kita digalakkan berpuasa pada hari ke 9 Muharram dan hari ke 10 Muharram. Berikut merupakan niat puasa tersebut:
Anda juga digalakkan untuk membaca doa di bawah pada 10 Muharram bagi mendapatkan ganjaran sempena hari Asyura ini:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
- حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الوَكِيلُ نِعْمَ المَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيرُ.
(Dibaca sebanyak 70 kali) - سُبْحَانَ اللهِ مِلْءَ المِيزَانِ وَمُنْتَهَى العِلْمِ وَمَبْلَغَ الرِّضَا وَزِنَةَ العَرْشِ لاَ مَلْجَأَ وَلاَ مَنْجَا مِنَ اللهِ إِلاَّ إِلَيْهِ. سُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ الشَّفْعِ وَالوِتْرِ وَعَدَدَ كَلِمَاتِ اللهِ التَّآمَّاتِ كُلِّهَا أَسْئَلُكَ السَّلاَمَةَ كُلَّهَا بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيمِ، وَهُوَ حَسْبِى وَنِعْمَ الوَكِيلُ نِعْمَ المَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيرُ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيـِّدِنَا مُحَمَّدٍ كُلَّمَا ذَكَرَهُ الذَّاكِرُونَ وَغَفَلَ عَنْ ذِكْرِهِ الغَافِلُونَ.
(Dibaca sebanyak 7 kali) - اَللَّهُمَّ يَا مُفَرِّجَ كُلِّ كَرْبٍ وَيَا مُخْرِجَ ذِي النُّونِ يَوْمَ العَاشُورَآءَ وَيَا جَامِعَ شَمْلِ يَعْـقُوبَ يَوْمَ العَاشُورَآءَ وَيَا غَافِرَ ذَنْبِ دَاوُودَ يَوْمَ العَاشُورَآءَ وَيَا كَاشِفَ ضُرِّ أَيُّوبَ يَوْمَ العَاشُورَآءَ وَيَا سَامِعَ دَعْوَةِ مُوسَى وَهَارُونَ يَوْمَ العَاشُورَآءَ وَيَا خَالِقَ رُوحِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَبِيبِهِ وَمُصْطَفَاهُ يَوْمَ العَاشُورَآءَ وَيَا رَحْمَـٰنَ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ لاَ اِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ اِقْضِ حَاجَتِي فِى الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَأَطِلْ عُمْرِي فِى طَاعَتِكَ وَمَحَبَّتِكَ وَرِضَاكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ وَصَلَّى اللهُ تَعَالَى عَلَى سَيـِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلَّمَ.
Diharapkan dengan membaca doa-doa ini, tahun baru kita akan lebih diberkati Allah S.W.T.
Baca juga: