Advertisements

CCMS: Semakan Keputusan Peperiksaan Kolej Komuniti 2023

Keputusan peperiksaan bagi pelajar Kolej Komuniti sesi II bagi tahun 2022/2023 telah boleh disemak menggunakan sistem CCMS bermula 22 Julai 2023.

Tahniah diucapkan kepada para pelajar kolej komuniti yang telah berjaya menyelesaikan sesi 2. Berikut kami kongsikan kepada anda cara untuk menyemak keputusan peperiksaan anda menggunakan Community College Management System.

Community College Management System (CCMS)

Community College Management System atau CCMS, merupakan sistem yang dibangunkan bagi memenuhi aspirasi Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK) untuk menyediakan sebuah platform Pengurusan Data Pelajar yang menyeluruh dan lengkap.

portal ini merupakan sebuah sistem pengurusan berpusat bagi tujuan pengurusan rekod pelajar-pelajar Kolej Komuniti, di mana melalui sistem ini, pelajar, pensyarah dan pentadbir kolej, dapat memiliki data yang diinginkan dengan lebih mudah dan teratur.

Melalui portal ini, pengguna akan dapat menggunakan sub sistem yang lain seperti eGerak, ePSH, PolyCCGo, eBorang, Sistem Peperiksaan dan lain-lain, dalam satu laman sesawang sahaja.

Tarikh Semakan Keputusan Peperiksaan

Bagi pelajar yang telah menduduki peperiksaan bagi Sesi II, 2022/2023, anda boleh melakukan semakan keputusan peperiksaan anda pada 22 Julai 2023 melalui portal CCMS ini.

Kaedah Semak Keputusan Peperiksaan

Semakan keputusan peperiksaan Kolej Komuniti Sesi II, bagi tahun 2022/2023 boleh dilakukan melalui kaedah di bawah:

  1. Pergi ke portal CCMS
  2. Klik pada Pautan Sistem.
  3. Pilih Sistem Peperiksaan
  4. Klik pada kotak Sistem Pengurusan Data Penilaian Pelajar.
  5. Masukkan Username (Kad Pengenalan) dan Kata laluan (No. Pelajar) anda.
  6. Semak keputusan peperiksaan anda.
CCMS

Daftar Pelajar Baharu – CCMS

Bagi pelajar baharu, anda perlu mendaftar akaun baharu portal CCMS, sebelum anda boleh menggunakannya untuk menyemak keputusan peperiksaan anda.

Berikut merupakan kaedah pendaftaran pelajar baharu mengunakan Community College Management System ini:

  1. Layari portal rasmi CCMS
  2. Klik pada bahagian Daftar Pelajar.
  3. Pilih bahagian Pelajar Baru.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor pendaftaran (Huruf Besar) anda.
  5. Setelah berjaya mendaftaran, maklumat pelajar akan dipaparkan dan semakan keputusan peperiksaan sudah boleh dilakukan.

Nota: Jika terdapat sebarang pertanyaan atau masalah untuk menyemak keputusan peperiksaan anda, sila hubungi Unit Peperiksaan di nombor 019-7056465 (Hairul) atau melalui emel [email protected].

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.