Tesla Malaysia secara rasminya telah mula mengambil tempahan. Baca lebih lagi untuk mengetahui bagaimana tempahan dapat dilakukan.
Tesla merupakan jenama kenderaan elektrik dan tenaga bersih yang berpangkalan di Austin, Texas, Amerika Syarikat yang telah dibangunkan oleh Elon Musk.
Bagi peminat kenderaan jenama ini, anda sudah tidak perlu lagi membeli kereta import jenama ini dari luar negara kerana kereta ini secara rasminya telah dijual di pasaran Malaysia.
Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kenderaan elektrik jenama ini, teruskan membaca sehingga ke penghujung artikel.
Model Tesla Malaysia
Untuk pengetahuan anda, buat masa ini Tesla Malaysia hanya mengambil tempahan bagi Model Y sahaja.
Namun begitu, bagi anda yang menginginkan model lain seperti Tesla Model 3 atau Tesla X anda tidak perlu risau, kerana pihak Tesla sendiri telah menyatakan bahawa mereka akan membawa masuk model-model lain berkemungkinan paling awal pada awal tahun hadapan.
Sebarang maklumat berkenaan model baharu, akan diumumkan oleh pihak Tesla di laman rasmi mereka.
Harga Tesla Malaysia
Berikut merupakan harga tesla model Y di Malaysia, yang telah diumumkan oleh Tesla Malaysia.
- Model Y (Asas) : RM199,000
- Model Y (Long Range) : RM246,000
- Model Y (Performance) : RM288,000
NOTA: Penghantaran kenderaan tesla model Y ini dijangka akan dilakukan awal tahun 2024
Spesifikasi
Menurut Tesla Malaysia, rekabentuk Tesla Model Y menggunakan integrasi peringkat sistem secara keseluruhannya. Setiap komponen, termasuk bateri, motor dan juga rekabentuk aerodinamik luaran dioptimumkan untuk mendapat manfaat antara satu sama lain dan mencipta salah satu kenderaan yang paling cekap, namun sangat berkuasa yang pernah dibina.
Berikut merupakan spesifikasi Model Y dari halaman rasmi Tesla Malaysia:
- Keselamatan
- Pusat graviti yang rendah
- Struktur badan yang tegar
- Zon renyuk yang besar memberikan perlindungan yang tiada tandingannya.
- Utiliti
- Mampu membawa 5 penumpang.
- Tempat duduk dan penyimpanan serba boleh untuk kargo dan penumpang
- Akses mudah ke bahagian belakang memudahkan kemasukan barang dan pemunggahan
- Rangkaian
- Pergi ke mana-mana sahaja dengan jarak sehingga 533 km dengan sekali caj.
- Isi semula sehingga 261 km dalam 15 minit di lokasi Supercharger
- Pengecas tambahan diletakkan di laluan mengembara ke seluruh dunia
- Dwi Motor
- Motor bebas mengawal tork secara digital pada roda hadapan dan belakang
- Pecutan terpantas—dari sifar hingga 100 km/j* dalam masa sepantas 3.7 saat
- Mampu digunakan dalam hujan, salji, lumpur dan luar jalan dengan kawalan cengkaman yang unggul
- Autopilot
- Kamera belakang, sisi dan menghadap ke hadapan memberikan keterlihatan maksimum
- Pemprosesan visual yang berkuasa pada jarak sehingga 250 meter
- Tesla Vision mengesan kereta berdekatan, membantu mengelakkan kemungkinan perlanggaran dan membantu dengan tempat letak kereta
- Interior (Bahagian Dalam)
- Paparan skrin sentuh direka bentuk untuk bertambah baik.
- Kemas kini perisian melalui udara memperkenalkan ciri, fungsi dan prestasi baharu
- Bumbung Kaca yang luas memberikan lebih banyak ruang kepala dan perlindungan UV.
Pilihan Warna
Menurut Tesla Malaysia, Tesla Model Y ini telah didatangkan dengan lima (5) pilihan warna iaitu
- Pearl White Multi-Coat
- Solid Black : RM5,000
- Midnight Silver Metallic : RM5,000
- Deep Blue Metallic : RM5,000
- Red Multi-Coat : RM10,000
Cara Membuat Tempahan
Sekiranya anda ingin membuat tempahan, anda boleh melakukannya terus melalui laman web rasmi Tesla Malaysia:
- Layari laman rasmi Tesla.
- Klik butang “Custom Order” pada Model Y
- Pilih varian, warna dan lain-lain fungsi tambahan yang diinginkan.
- Pada bahagian bawah halaman tempahan, klik pada butang “Continue to Payment”
Maklumat Lanjut
Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lagi berkenaan Tesla Malaysia ini, anda boleh terus ke laman rasmi mereka di pautan Tesla Malaysia, bagi mendapatkan sebarang maklumat yang diinginkan.
Baca juga: Toyota Innova Zenix: Reka Bentuk, Warna dan Harga Pasaran