Advertisements

LTdL 2023 : Jadual & Trek Perlumbaan Le Tour De Langkawi ke-27

Le Tour De Langkawi atau LTdL merupakan acara jelajah lumba basikal lebuh raya yang diadakan di negara kita, Malaysia yang telah bermula daripada Februari 1996 sehingga sekarang.

Pada tahun ini, acara jelajah lumba basikal ini dengan bertemakan “Beat the Heat” akan dijalankan bermula 23 September 2023 sehingga 30 September 2023, dengan Majlis Sukan Negara sebagai penganjur.

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lagi tentang acara jelajah lumba basikal, Le Tour De Langkawi ke-27 ini, teruskan membaca sehingga ke penghujung artikel.

Le Tour De Langkawi (LTdL) 2023

Seperti yang dinyatakan pada bahagian sebelum ini, Le Tour De Langkawi (LTdL) ini merupakan acara jelajah lumba basikal lebuh raya yang akan dijalankan setiap tahun di Malaysia, dan pada tahun ini ia akan berlangsung daripada 23 September 2023 sehingga 30 September 2023.

Acara kali ini yang bertemakan Beat The Heat”, bakal melibatkan lapan (8) peringkat perlumbaan selama lapan (8) hari di 11 negeri di Semenanjung Malaysia dengan jarak keseluruhan 1,280 kilometer.

Dalam acara jelajah lumba basikal LTdL ini, empat jersi akan menjadi rebutan para pelumba dalam perlumbaan ini, iaitu juara keseluruhan, raja pecut, raja bukit, dan pelumba Asia terbaik.

Selain itu, gelaran Pasukan Terbaik dan Pasukan Asia Terbaik yang juga menjadi rebutan para pelumba akn diberikan sebagai pengiktirafan kepada pasukan yang paling cemerlang.

LTdL

Senarai Pasukan

Berikut merupakan senarai 11 Pasukan Continental yang akan bertanding dalam LTdL 2023 ini:

  1. Terengganu Polygon Team (TSG)
  2. Roojai Online Insurance Procycling Team
  3. Nusantara Pro Cycling Team
  4. CLiQQ by 7-ELEVEN
  5. Li-Ning Star Pro Cycling Team
  6. St George Continental Cycling
  7. JCL Team UKYO
  8. KSPO Professional
  9. Hengxiang Cycling Team
  10. Thailand Continental Cycling Team
  11. Giant Cycling Team – China

Laluan Perlumbaan LTdL ke-27

Perlumbaan basikal lebuh raya LTdL 2023 akan melalui lapan peringkat perlumbaan yang akan merentasi 11 buah negeri di Semenanjung Malaysia dengan jarak keseluruhan sejauh 1,280 kilometer (km).

Berikut merupakan maklumat berkenaan laluan perlumbaan yang akan dijalani oleh para pelumba yang menyertai acara ini:

LTdL Map

NOTA: Bagi acara LTdL tahun 2023 ini, pihak penganjur telah memutuskan untuk tidak memasukkan Langkawi sebagai salah satu laluan perlumbaan atas faktor kewangan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan Le Tour De Langkawi 2023 (LTdL) Edisi yang Ke-27 ini anda boleh mendapatkannya dengan menghubungi pihak bertanggungjawab secara berikut :

Majlis Sukan Negara Malaysia,
Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil,
57000 Kuala Lumpur, Malaysia.

Baca juga: UFPK: Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera Dan Kecergasan

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.