pengeluaran i-lestari

Cara Membuat Permohonan Pengeluaran i-Lestari Secara Online

Memandangkan ramai masih keliru macam mana caranya untuk memohon pengeluaran akaun 2 KWSP sebanyak RM500 sebulan, jadi berikut kami kongsikan langkah demi langkah pengeluaran i-Lestari secara online.

Selain i-Lestari, Kerajaan turut mengumumkan bantuan Prihatin Nasional sehingga RM1,600 yang akan mula diagihkan penghujung bulan April nanti.

Perlu diingatkan, mana-mana penerima BSH 2020 akan terima BPN secara automatik tanpa perlu membuat permohonan.

Semakan status permohonan boleh dibuat di portal rasmi BSH bermula 1 April 2020.

Suri rumah pula boleh memohon bantuan iSuri KWSP sebanyak RM480 setahun.

Permohonan Pengeluaran i-Lestari

Tutorial ini dikongsikan oleh saudara Luqman Hariz di Facebook beliau.

1. Sil layari laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my

2. Pilih i-Akaun Ahli dan masukkan ID dan Password anda. 

Sekiranya terlupa kata laluan, anda boleh klik “Forgot User ID / Password” untuk mendapatkan kata laluan baru.

3. Kemudian pilih “Withdrawal” pada bahagian atas sebelah kanan.

4. Tekan “New Application” untuk membuat pengeluaran.

5. Pilih “Withdrawal Type”.

6. Pilih i-Lestari untuk pengeluaran RM500 sebulan.

Selain i-Lestari, anda juga boleh memohon pelbagai jenis pengeluaran bergantung kepada syarat kelayakan.

Boleh rujuk jenis-jenis pengeluaran KWSP di sini.

7. Akaun keluar satu popup notis. Sila klik pangkah atau “X”

8. Kemudian klik “Next”.

9. Kemudian masukkan amaun pengeluaran yang anda inginkan. Minima RM50 manakala maksima RM500 sebulan.

10. Pilih jenis bank dan masukkan nombor akaun anda.

Pastikan akaun anda aktif. KWSP akan terus masukkan duit mengikut butiran maklumat yang anda isi.

11. Jika perlu, sila kemaskini maklumat terkini anda.

12. Kemudian klik ✔️ pada ruang checkbok.

13. Klik “Request TAC”

14. Masukkan nombor TAC pada ruangan disediakan dan klik “Submit”

15. Siap!

Tahniah, permohonan pengeluaran anda telah berjaya.

Sekiranya perlu, anda boleh print permohonan tadi sebagai rujukan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.