Advertisements

Permohonan Skim Bantuan Yuran Pendaftaran IPT Dalam Negara 2020

Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) mempelawa mahasiswa yang akan menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Dalam Negara untuk memohon Skim Bantuan Yuran Pendaftaran IPT Dalam Negara 2020.

Untuk makluman, MAIJ adalah badan yang bertanggungjawab untuk mengurus dan mentadbir Kumpulan Wang atau Harta Baitulmal, Kumpulan Wang Wakaf sebagai Pemegang Amanah Wakaf dan Kumpulan Wang Zakat dan Fitrah serta mengagihkan
mengikut asnaf di Negeri Johor.

Skim Bantuan Yuran IPT ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu keluarga terutamanya ibu bapa yang terpaksa menanggung yuran pendaftaran anak-anak mereka bagi menyambung pengajian di IPT.

Peringkat pengajian yang ditawarkan melalui skim bantuan ini ialah:

  • Peringkat Sijil semester pertama
  • Peringkat Diploma semester pertama
  • Peringkat Ijazah Sarjana Muda semester pertama

Baca juga: Permohonan Wang Pendahuluan PTPTN RM1,500

Kadar Bantuan Yuran Pendaftaran IPT

Kadar permohonan yang ditawarkan menerusi skim bantuan ini ialah:

Kadar Bantuan :

  • Peringkat Sijil: RM300
  • Peringkat Diploma: RM500
  • Peringkat Ijazah Sarjana Muda: RM1,000

Permohonan skim ini dibuka bermula 1 September 2020 hingga 30 September 2020.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi pelajar yang ingin memohon Bantuan Yuran Pendaftaran IPT Dalam Negara 2020 ialah:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia,
  2. Pemohon mestilah anak kelahiran Johor dan menetap di dalam Negeri Johor atau;
  3. Pemohon telah bermaustatin di dalam Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun.
  4. Pemohon telah mendapat surat tawaran Institusi Pengajian Tinggi Tempatan.
  5. Pendapatan perkapita keluarga pemohon mestilah tidak melebihi RM500 setiap tanggungan.

Rakyat negeri Johor juga boleh memohon pelbagai bantuan yang disediakan kerajaan negeri seperti Rumah Impian Bangsa Johor.

Cara Permohonan

Pelajar yang ingin membuat permohonan perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web rasmi permohonan iaiatu https://epayment.maij.gov.my/.
  2. Klik pada bahagian ‘Daftar Pengguna.’
  3. Masukan no. kad pengenalan dan klik butang ‘Semak No. Kad Pengenalan.’
  4. Sekiranya no. Kad Pengenalan telah didaftarkan, paparan akan menyatakan data pengguna telah didaftarkan. Klik pada ‘Klik Di Sini’ untuk kemas kini kata laluan.
  5. Sekiranya data pemohon tiada dalam sistem, pemohon perlu melengkapkan maklumat peribadi pemohon.
  6. Setelah melengkapkan maklumat pendaftaran, klik ‘Setuju’ dan ‘Simpan.’
  7. Login semula ke dalam sistem menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah dikemaskini.
  8. Klik pada klik ‘Bantuan IPT Dalam Negeri.’
  9. Lengkapkan butiran berikut:
    i) Maklumat pemohon.
    ii) Maklumat ibu bapa atau penjaga.
    iii) Maklumat pengajian.
  10. Sediakan dokumen-dokumen berikut:
    i) Salinan kad pengenalan pemohon.
    ii) Salinan kad pengenalan ibu bapa.
    iii) Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran semua tanggungan.
    iv) Salinan slip gaji atau borang pengesahan pendapatan.
    v) Salinan surat tawaran IPT
    vi) Salinan sijil akademik (SPM/STAM/STPM).
  11. Klik butang ‘Hantar.’
  12. Klik ‘Cetak Slip’ sebagai rujukan permohonan.
  13. Sila ke pejabat Majlis Agama Islam Daerah dan bawa bersama slip tersebut untuk proses seterusnya.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai skim bantuan ini, sila hubungi pihak MAIJ di talian 07-2282929, 07-2282937, 07-2282941, 07-2282926.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.