Advertisements

Skim Peduli Jantung Selangor: Rawatan Sehingga RM50,000

Advertisements

Warga Negeri Selangor yang mempunyai masalah jantung boleh mendapatkan khidmat rawatan penyakit berkenaan menerusi Skim Peduli Jantung.

Skim Rawatan Jantung adalah khidmat rawatan jantung secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah B40 mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Skim ini telah dilaksanakan bermula tahun 2018 dengan peruntukan sebanyak RM10 juta dan RM5 juta untuk tahun 2019 sehingga tahun 2022.

Pelaksanaan program ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan dikendalikan oleh anak syarikat PKNS iaitu SELGATE Corporation Sdn Bhd (SELGATE) melalui anak syarikat milikannya iaitu Selcare Management Sdn Bhd (SELCARE) yang merupakan penyedia pelaksana program.

SELCARE juga bekerjasama dengan beberapa hospital panel yang dilantik yang terdiri daripada Institut Jantung Negara (IJN), Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL), UiTM Private Specialist Centre, Sungai Buloh dan Hospital Serdang dalam memberikan rawatan kepada pesakit yang layak.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan untuk permohonan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Lahir atau telah menetap atau bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun dan merupakan pengundi berdaftar di Negeri Selangor.
  3. Golongan B40 dan M40 dengan had maksimum pendapatan RM8,000.

Senarai Prosedur Rawatan Yang Dibiayai

Senarai prosedur rawatan yang dibiayai adalah seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Primary Pulmonary Hypertension, Atrial Septal Defect
  • Acute Decompensated Heart Failure, Unspecified
  • Acute Rheumatic Heart Disease, Unspecified, Coronary Artery Disease
  • Non-St Elevation (Nstemi) Myocardial Infarction
  • Other Specified Heart Block, Ischemic Cardiomyopathy
  • Heart Disease, Unspecified,
  • Chest Pain, Unspecified
  • Unstable Angina
  • Triple Vessel Disease
  • Chest Pain, Unspecified
  • Unspecified Atrial Fibrillation and Atrial Flutter
  • St Elevation (Stemi) Myocardial Infarction of Unspecified Site
  • Junctional Bradycardi
  • Atherosclerotic Heart Disease of Native Coronary Artery Without Angina Pectoris
  • Aortic Arch Syndrome [Takayasu]
  • Inferolateral Myocardial Infarction
  • Other Current Complications Following Acute Myocardial Infarction
  • Acute Heart Failure
  • Rheumatic Mitral Valve Disease, Unspecified
  • Sick Sinus Syndrome
  • Pulmonary Valve Regurgitation
  • Severe Mitral Regurgitation
  • Severe Aortic Nephro Stenosis
  • Combined Systolic (Congestive) And Diastolic (Congestive) Heart Failure
  • Diabetes Mellitus Due to Underlying Condition with Unspecified Complications Essential (Primary) Hypertension Heart Disease, Unspecified
  • Congenital Malformation of Heart, Unspecified, Ventricular Septal Defect, Stenosis of Pulmonary Artery
  • Chronic Ischemic Heart Disease, Unspecified, Diabetes Mellitus Due to Underlying Condition with Unspecified Complications, Essential (Primary) Hypertension
  • Congestive Heart Failure, Unspecified
  • Chronic Heart Failure
  • Acute Coronary Syndrome
  • Stenosis Of Pulmonary Artery, Ventricular Septal Defect, Congenital Malformation of Heart, Unspecified
  • Atherosclerotic Heart Disease of Native Coronary Artery, Unstable Angina
  • St Elevation (Stemi) Myocardial Infarction of Anterior Wall
  • Unspecified Atrial Fibrillation and Atrial Flutter –
  • Other Forms of Acute Ischemic Heart Disease
  • Supraventricular Tachycardia
  • Chronic Ischemic Heart Disease
  • Peripheral Vascular Disease
  • Acute Ischemic Heart Disease, Unspecific

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat dengan merujuk kategori di bawah:

i) Kategori A: Ahli aktif berdaftar dibawah Skim Iltizam Selangor Sihat (Dahulu dikenali sebagai Skim Insurans Peduli Sihat).

  1. Pemohon perlu mendapatkan pemeriksaan dan surat rujukan dari Klinik Panel atau hospital kerajaan
  2. Permohonan boleh dihantar melalui email ke [email protected] dengan tajuk “Permohonan Skim Peduli Jantung Kategori A.”
  3. Pemohon wajib mengepilkan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan.
  4. Sekiranya permohonan diluluskan, pemohon akan dimaklumkan melalui emel atau panggilan telefon.
  5. Pesakit perlu membawa kad penenalan bagi mendapatkan rawatan (GL akan dihantar ke Panel Hospital).

ii) Kategori B: Bukan Ahli Iltizam Selangor Sihat (Dahulu dikenali sebagai Skim Insurans Peduli Sihat) & Pendapatan isi rumah bawah RM8,000 sebulan

  1. Pemohon perlu memuat turun borang permohonan di laman sesawang https:// iltizamselangorsihat.com/cvs.htm.
  2. Permohonan boleh dihantar melalui email ke [email protected] dengan tajuk “Permohonan Skim Peduli Jantung Kategori B.”
  3. Pemohon wajib mengepilkan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan.
  4. Sekiranya permohonan diluluskan, pemohon akan dimaklumkan melalui emel atau panggilan telefon.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Skim Peduli Jantung, sila layari laman web http://www.pedulisihat.com/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.