Advertisements

ILTIZAM Catalyst: Program Pemantapan Asas Perniagaan PKS

Advertisements

Usahawan Bumiputera PKS yang berhasrat untuk memantapkan perniagaan mereka adalah dialu-alukan untuk menyertai Program ILTIZAM Catalyst daripada Ekuinas.

Ekuinas merupakan sebuah syarikat pengurusan dana ekuiti persendirian yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada 1 September 2009.

Syarikat ini ditubuhkan untuk menggalakkan penciptaan kekayaan dan penyertaan ekonomi Bumiputera yang saksama dan mampan berdasarkan prinsip mesra pasaran, merit dan ketelusan melalui penciptaan syarikat peneraju generasi akan datang Malaysia.

Salah satu program yang diwujudkan oleh Ekuinas adalag Program ILTIZAM Catalyst yang mensasarkan perniagaan Bumiputera kecil dan sederhana yang mempunyai potensi tinggi untuk berkembang untuk menerima bantuan dalam menguatkan teras bidang perniagaan mereka bagi mencetuskan perkembangan yang lestari.

Usahawan yang berminat boleh membuat permohonan sebelum 18 September 2022.

Manfaat Yang Diperoleh

Manfaat yang bakal diperoleh oleh peserta program ini adalah seperti berikut:

i) Kewangan

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Penyediaan/semakan penyata kewangan (P&L, BS, CF).
  • Analisis & tafsiran penyata-penyata kewangan menggunakan nisbah kewangan utama.
  • Semakan pelan perniagaan, pelan strategik & model perniagaan.
  • Nasihat tentang keperluan pelaburan jangka pendek & jangka panjang, serta pembiayaan perniagaan.

ii) Pematuhan

  • Memberi sokongan dalam menubuhkan syarikat Sdn Bhd termasuk keperluan yang berkaitan dengan cukai.
  • Penasihat perjanjian Perkongsian atau Pemegang Saham.
  • Menyemak dokumentasi penting, keperluan untuk operasi perniagaan yang berkesan, serta perlesenan dan sijil.

iii) Penjenamaan

  • Menjalankan Audit Jenama.
  • Menghasilkan persona jenama dan mengenal pasti kumpulan sasaran.
  • Mewujudkan atau menyemak strategi dan garis panduan jenama.

iv) Automasi

  • Analisis keperluan semasa dan mencadangkan sistem terbaik untuk proses automasi.
  • Menyediakan sistem Kewangan – sistem Pengebilan/ POS.
  • Menyediakan sistem Sumber Manusia.
  • Menyediakan sistem Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM).
  • Menyediakan latihan untuk mengoptimumkan sistem, serta penyelenggaraan dan kenaikan taraf sistem pada masa hadapan.

v) Perancangan Strategik dan Mentaliti Perniagaan

  • Sokongan untuk strategi & transformasi perniagaan yang berasaskan kebolehan untuk beradaptasi.

vi) Penasihat Rakan Usahawan

  • Platform sesi suai kenal untuk berinteraksi dengan penasihat rakan usahawan.

vii) Kepimpinan Yang Berkesan

  • Keterlibatan dengan peneraju industri dan pemilik perniagaan yang berjaya.

Sektor Perniagaan

Semua sektor perniagaan yang layak untuk memohon seperti:

  • Pendidikan
  • Barangan Pengguna Cepat Laris
  • Kesihatan
  • Perkhidmatan
  • Jualan Runcit termasuk makanan dan minuman

Namun, perniagaan yang dikecualikan adalah seperti:

  • Arak
  • Aktiviti menyalahi undang-undang/tidak beretika
  • Syarikat permulaan

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon permohonan ini adalah seperti berikut:

  1. Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  2. Perniagaan mempunyai pendapatan tahunan antara RM300,000 sehingga RM1 juta selama sekurang-kurangnya 2 tahun kewangan atau lebih.
  3. Memaparkan kelayakan dan sebab untuk menyertai program ini.
  4. Perniagaan mempunyai sekurang-kurangnya 51% pemegang saham Bumiputera.
  5. Perniagaan mempunyai sekurang-kurangnya 5 orang pekerja sepenuh masa.
  6. Komitmen untuk menyertai Program ILTIZAM Catalyst.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara atas talian menerusi pautan https://catalyst.ekuinas.com.my/mohon-sekarang.

Untuk langkah seterusnya, sila rujuk gambar di bawah:

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Program ILTIZAM Catalyst, sila layari laman web https://catalyst.ekuinas.com.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.