Advertisements

Cara Mohon MyKad 12 Tahun Secara Online

Ibu bapa yang mempunyai anak yang akan memasuki umur 12 tahun kini boleh membuat permohonan MyKad 12 tahun secara atas talian sahaja.

Pembaharuan yang diperkenalkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ini adalah untuk mengurangkan kesesakan di kaunter JPN di seluruh negara selain meningkatkan kecekapan perkhidmatan di agensi tersebut.

Mengikut Peraturan 3, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) setiap kanak-kanak yang telah mencapai umur 12 tahun dan bertaraf Warganegara wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalannya.

Oleh itu, setiap ibu bapa diwajibkan untuk membuat permohonan Mykad anak-anak mereka apabila umur mereka mencecah 12 tahun.

Bayaran Fi

Bayaran fi yang bakal dikenakan untuk permohonan MyKad dan bayaran disebabkan lewat adalah seperti berikut:

UmurBayaran
12 tahun hingga 12 tahun 30 hariTiada
12 tahun 30 hari hingga 13 tahunRM10.00
13 tahun 1 hari hingga 14 tahunRM10.00
14 tahun 1 hari hingga 15 tahunRM10.00
15 tahun 1 hari hingga 16 tahunRM10.00

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh ibu bapa dan kanak-kanak adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah telah berumur genap 12 tahun tetapi belum mencapai umur 16 tahun.
  2. Pemohon mestilah hadir bersama Penganjur:
    – Ibu atau bapa; atau
    – Penjaga (penjaga adalah datuk atau nenek atau ibu saudara atau bapa saudara atau kakak atau abang yang berusia melebihi 21 tahun).
  3. Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
  4. Pemohon mestilah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh genap berumur 12 tahun. Jika tidak, bayaran proses akan dikenakan.
  5. Sekiranya penganjur adalah selain daripada kategori di atas perlu mengemukakan surat akuan berkanun dan surat pengesahan penjagaan pemohon dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hendaklah dibawa bersama.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Imbas kod QR atau layari https://web12tahun.jpn.gov.my/indexi.php.
  2. Buat pendaftaran di Portal Government.
  3. Login dengan menggunakan kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  4. Tandakan pada kotak ‘Saya Setuju.’
  5. Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  6. Klik butang ‘Hantar.’
  7. Sila cetak slip maklumat permohonan kad pengenalan 12 tahun.
  8. Bawa slip maklumat permohonan berkenaan ke kaunter JPN yang berhampiran.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai permohonan MyKad 12 tahun, sila layari https://www.jpn.gov.my/my/perkhidmatan/kad-pengenalan/mykad-12.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.