Advertisements

i-Bermusim Selangor: Pinjaman Peniaga India Sempena Deepavali

Advertisements

Peniaga komuniti India di Negeri Selangor kini boleh memohon pinjaman khas sempena sambutan Hari Deepavali yang bakal menjelang menerusi i-Bermusim.

i-Bermusim ialah pinjaman khusus kepada para penjaja dan peniaga komuniti India Selangor yang akan berniaga di Bazar Deepavali termasuk mereka yang berniaga di rumah.

Skim pinjaman ini telah mula diperkenalkan sejak awal tahun ini sempena kedatangan Ramadan dan Syawal serta musim buah-buahan.

Inisiatif daripada Kerajaan Negeri Selangor ini diwujudkan untuk mengurangkan beban para peniaga terutamanya mereka yang memerlukan modal tambahan atau sebarang kegunaan yang lain.

Jumlah Pembiayaan

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan bagi pinjaman ini adalah seperti berikut:

  • Peniaga bazar: Pinjaman RM1,000 hingga RM20,000
  • Peniaga selain bazar: Pinjaman maksimum sehingga RM5,000 sahaja.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan bagi pinjaman ini adalah seperti berikut:

  1. Permohonan dibuka kepada warga Selangor atau mereka yang telah bermastautin di Negeri Selangor lebih dari 10 tahun.
  2. Tempoh permohonan bermula 12 September 2022 sehingga 14 Oktober 2022.
  3. Jumlah pinjaman yang boleh dipohon adalah RM1,000 hingga RM20,000 bagi yang berniaga di Bazar Deepavali (perlu mengemukakan dokumen sokongan).
  4. Had pinjaman sehingga RM5,000 sahaja bagi peniaga yang berniaga selain Bazar Deepavali.
  5. Tempoh pembiayaan sehingga 25 minggu atau enam bulan (mana-mana yang lebih pendek).
  6. Bayaran balik secara mingguan sahaja.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Layari laman web http://mikrokredit.selangor.gov.my.
  2. Klik bahagian ‘Create Account.’
  3. Isi semua maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Submit.’
  4. Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan untuk log masuk.
  5. Isi dan lengkapkan permohonan.
  6. Muat naik dokumen permohonan.
  7. Hantar permohonan.

Dokumen Permohonan

Dokumen permohonan yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
  2. 2 keping gambar berukuran passport pemohon.
  3. Salinan lesen perniagaan (SSM/permit/salinan perjanjian atau dokumen yang sah sekiranya melibatkan perniagaan atau aktiviti ekonomi).
  4. Salinan penyata akaun bank atau muka depan buku akaun bank.
  5. Gambar peniagaan.
  6. Salinan bil utiliti premis dan tempat tinggal.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai i-Bermusim, sila layari https://www.hijrahselangor.com/skim-pembiayaan-i-bermusim/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.