Apple telah mengumumkan mengenai ciri-ciri iOS 16 yang bakal ditawarkan kepada pengguna iPhone di seluruh dunia.
Tidak dinafikan iOS 16 menampilkan banyak ciri-ciri dan fungsi baharu buat pengguna iPhone yang tidak ditawarkan sebelum ini.
Pengguna boleh mula memuat turun dan memasang iOS ini bermula 12 September 2022.
Isi Kandungan:
Simpan
16 Ciri Menarik
Terdapat 16 ciri menarik iOS yang boleh dinikmati pengguna iPhone iaitu:
- Skrin kunci boleh dimodifikasi- Pengguna kini boleh mengubah paparan skrin kunci dengan imej, widget, paparan notifkasi dan akses pantas selain menyimpan tema peribadi dengan reka huruf tersendiri.
- Family Sharing – Pengguna dapat mengawal peranti anak dengan lebih mudah menerusi kawalan aktiviti melalui skrin kunci.
- Mesej teks boleh diubah suai dan dibatal hantar- iMessage pada iOS 16 membenarkan teks yang diubah suai dan dibatal hantar dalam tempoh 15 minit.
- Apple Wallet- Perkongsian kunci digital kini lebih selamat.
- Fungsi Safety Check- Ciri ini boleh membantu mangsa keganasan rumah tangga melalui penghadan akses akaun mereka dari pasangan.
- Photos melalui Shared Library-Perkongsian gambar kini lebih mudah dengan keluarga menerusi iCloud.
- Sorok Gambar – Gambar kini boleh disorok dengan Face ID, Touch ID dan kata laluan.
- Suntingan gambar – Melakukan suntingan yang sama digunapakai pada gambar-gambar lain.
- Face ID- Kini Face ID boleh digunakan pada posisi landskap.
- Live Text – Teks dalam video boleh dipilih.
- Melihat kata laluan WiFi pada tetapan- Kata laluan WiFi kini boleh dilihat.
- Health – Memberikan peringatan kepada pengguna untuk mengambil ubat pada waktu yang tepat.
- Rapid Security Response – Tampalan sekuriti pantas tanpa disedari.
- Haptik untuk papan kekunci – Menyokong tindak balas haptik yang selari dengan bunyi yang dihasilkan apabila ditekan.
- CarPlay untuk semua saiz skrin kenderaan- CarPlay tidak lagi terhad pada saiz skrin yang kecil dan nisbah tertentu sahaja.
- Audio spatial khusus bagi setiap pengguna.
Senarai iPhone Menyokong
Senarai iPhone yang menyokong iOS ini adalah seperti berikut:
- iPhone 14, iPhone 14 Plus, iPhone 14 Pro, iPhone 14 Pro Max
- iPhone 13, iPhone 13 mini, iPhone 13 Pro, iPhone 13 Pro Max
- iPhone 12, iPhone 12 mini, iPhone 12 Pro, iPhone 12 Pro Max
- iPhone 11, iPhone 11 Pro, iPhone 11 Pro Max
- iPhone XS, iPhone XS Max
- iPhone XR
- iPhone X
- iPhone 8, iPhone 8 Plus
- iPhone SE (generasi ke-2 atau lebih baharu)
Sumber: https://amanz.my/