Advertisements

Beg Kecemasan Ketika Bencana: Ini 10 Barang Perlu Disediakan

Advertisements

Bagi orang ramai yang tinggal di kawasan yang sering dilanda banjir, anda perlu menyiapkan beg kecemasan sebagai persediaan menghadapi bencana tersebut.

Ini adalah sebagai persediaan bagi menghadapi musim banjir yang lazimnya berlaku pada penghujung tahun.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan membuat persediaan secukupnya bagi mengadapi musim banjir yang bakal tiba.

Ramalan Hujan Lebat

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini meramalkan seluruh negara akan mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November yang dijangka membawa kepada banjir besar pada penghujung bulan tersebut.

Ini kerana Monsun Timur Laut yang aktif pada tempoh itu akan menyaksikan risiko berlaku hujan lebat berterusan dan banjir berskala besar adalah tinggi.

Ini ditambah dengan fenomena La Nina yang masih berterusan dan dijangka sehingga awal tahun depan yang menyebabkan peningkatan taburan hujan.

Daripada November hingga Disember, cuaca adalah lebih lembap terutama di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Lazimnya cuaca adalah hujan pada sebelah pagi di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah manakala pada sebelah petang, ribut petir atau hujan akan berlaku di negeri-negeri pantai barat Semenanjung, pedalaman Sarawak dan barat Sabah.

Beg Kecemasan

Oleh itu, MetMalaysia mencadangkan agar orang ramai dapat mempersiapkan beg kecemasan sekiranya banjir berlaku dalam tempoh tersebut.

Beg Kecemasan ini adalah sebagai persediaan jika berlaku situasi banjir di kawasan tersebut yang memaksa orang ramai untuk berpindah.

  1. Pakaian, kasut, dan selimut.
  2. Wisel.
  3. Wang.
  4. Lampu suluh dan bateri.
  5. Makanan tahan lama.
  6. Radio mini mudah alih berbateri.
  7. Kit kecemasan, ubat-ubatan, dan kebersihan diri.
  8. Air bersih.
  9. Telefon dan power bank.
  10. Dokumen bank seperti:
    – Sijil kelahiran
    – Kad pengenalan
    – Dokumen mustahak lain
Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/09/995717/metmalaysia-ramal-banjir-besar-penghujung-november

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.