Advertisements

PRKM: Cara Mohon Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia

Orang ramai yang tergolong dalam miskin tegar atau miskin dan ingin membuat permohonan baik pulih atau bina baharu rumah boleh membuat permohonan menerusi Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM).

PRKM adalah program perumahan yang ditawarkan rakyat miskin tegar dan miskin yang ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang berkuat kuasa.

Inisiatif ini dapat membantu mereka memiliki rumah yang selesa untuk mengharungi kehidupan bersama keluarga mereka.

Permohonan program ini boleh dibuat secara online menerusi laman web https://e-spkr.rurallink.gov.my/v1/online/.

Kategori Bantuan

Terdapat 2 kategori bantuan menerusi program ini iaitu:

  • Baik Pulih: Keadaan ekonomik untuk dibaiki.
  • Bina Baharu: Tiada rumah atau kediaman uzur dan tidak ekonomik untuk dibaiki.

Nilai Bantuan

Nilai bantuan untuk program ini adalah seperti berikut:

Jenis BantuanSemenanjungSabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan
Bina BaharuRM66,000 (seunit)RM79,000 (seunit)
Baik PulihMaksimum RM15,000 (seunit)Maksimum RM17,000 (seunit)

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi program ini adalah seperti berikut:

  1. Disahkan miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-kasih); atau
  2. Diperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FCD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri; atau
  3. Diperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atau
  4. Diperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan program ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://e-spkr.rurallink.gov.my/v1/online/.
  2. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  3. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  4. Pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dan betul.
  5. Hantar permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai PRKM, sila hubungi Bahagian Kesejahteraan Rakyat Kementerian Pembangunan Luar Bandar di talian 03-8000 8000 atau email ke [email protected].

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.