Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini menyediakan perkhidmatan gantian MyKad dengan lebih mudah apabila orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan tersebut hanya melalui panggilan telefon!
Perkhidmatan ini diperkenalkan untuk memudahkan orang ramai tanpa menunggu masa yang lama untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut di kaunter JPN.
Perkhidmatan ini sangat memudahkan dan orang ramai yang ingin mendapatkan gantian MyKad dinasihatkan menggunakan perkhidmatan ini.
Waktu Panggilan
Waktu panggilan bagi permohonan penggantian kad pengenalan ini adalah Isnin hingga Jumaat iaitu 8 pagi hingga 5 petang.
Namun, waktu rehat untuk perkhidmatan ini adalah:
- Isnin hingga Khamis: 1 petang hingga 2 petang
- Jumaat: 12.15 tengahari hingga 2.42 petang
Syarat Permohonan
Untuk memohon gantian menerusi talian telefon, syarat permohonan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia sahaja.
- Permohonan adalah untuk gantian biasa atau cip/kad rosak sahaja.
- Bayaran permohonan RM10 (dibayar semasa mengambil kad).
- Hanya boleh dilakukan oleh pemilik MyKad sendiri sahaja. Pemohon berumur di bawah 18 tahun perlu ditemani ibu bapa atau penjaga yang sah semasa membuat kutipan.
- MyKad siap sedia dikutip di semua Pejabat Percetakan Teragih (DPP) dalam masa 30 minit selepas selesai membuat permohonan.
- Tiada perubahan alamat, agama, pindaan nama dan gambar tidak dibenarkan.
- Caj hilang akan dikenakan sekiranya gagal mengemukakan MyKad lama semasa pengambilan MyKad di kaunter.
Langkah-Langkah Memohon
Permohonan gantian boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Buat panggilan di talian Hotline 03-8880 8066.
- Nyatakan untuk membuat permohonan gantian kad pengenalan.
- Sebut maklumat yang diperlukan.
- Kunjungi pejabat JPN yang ditetapkan dan bawa bersama MyKad lama.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai gantian MyKad menerusi talian telefon, sila layari laman web https://www.jpn.gov.my/my/.