Advertisements

PM Umum Pinjaman PTPTN Naik 100% Untuk Peminjam M40

Advertisements

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) oleh golongan M40 akan dinaikkan kepada 100%.

Beliau mengumumkan perkara ini ketika merasmikan Majlis Kemuncak Semarak Patriotik Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2022 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Keputusan tersebut dilakukan oleh kerajaan dalam usaha mengurangkan beban kos sara hidup ditanggung mahasiswa golongan M40.

Kenaikan Daripada 75%

Sebelum ini, peminjam daripada golongan M40 hanya menerima 75% pinjaman daripada PTPTN.

Ini bermakna, kadar pinjaman untuk golongan M40 dan B40 adalah sama iaitu menerima pinjaman penuh sebanyak 100%.

Pinjaman Komputer Riba

Selain pinjaman dinaikkan kepada 100%, kerajaan juga mengumumkan untuk menyediakan kemudahan pinjaman laptop kepada peminjam PTPTN golongan M40.

Ini bagi memastikan mereka dapat mengikuti pembelajaran dengan baik menerusi komputer riba yang disediakan.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Jualan Murah Keluarga Malaysia Peringkat IPT

Perdana Menteri juga memaklumkan Jualan Murah Keluarga Malaysia akan diadakan di setiap institut pengajian tinggi (IPT).

Sebelum ini, kerajaan melaksanakan Program Jualan Murah Keluarga Malaysia akan dilaksanakan di 639 Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara bermula pertengahan Ogos 2022.

Namun kini, ia diperluaskan di setiap IPT menangani isu peningkatan kos sara hidup dalam kalangan mahasiswa.

Pelaksanaan Jualan Murah Keluarga Malaysia peringkat IPT ini akan dijalankan mulai Oktober 2022 iaitu selepas mahasiswa dijadualkan menjalani semester baharu.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/09/882059/pinjaman-ptptn-kepada-m40-dinaikkan-kepada-100.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.