Kerajaan Negeri Terengganu teleh mengumumkan pemberian bantuan kepada belia di negeri tersebut menerusi Bantuan i-Belia.
i-Belia adalah bantuan yang dikhususkan kepada semua belia serta mahasiswa yang berumur 18-39 tahun yang menetap di Terengganu secara one-off.
Pelaksanaan bantuan ini akan memberikan manfaat kepada 135,974 orang belia di negeri tersebut.
Permohonan bantuan ini dibuka mulai 18 September 2022 sehingga 6 Oktober 2022.
Jumlah Bantuan
Bagi belia yang layak, setiap penerima akan menerima sebanyak RM150 seorang.
Kategori Bantuan
Bantuan ini diberikan kepada 4 kategori iaitu:
- Kategori Belia Bujang
- Kategori Belia Bujang (Perantau)
- Kategori Mahasiswa
- Kategori Mahasiswa (Perantau)
Syarat Permohonan
Syarat permohonan ini adalah bergantung kepada kaetgori iaitu:
i) Kategori Belia Bujang
- Berumur di antara 18 tahun hingga 39 tahun.
- Status permohonan masih bujang pada tarikh permohonan.
- Bagi pemohon yang bekerja, jumlah pendapatan bulanan tidak melebihi RM1,500 sebulan.
- Bagi pemohon yang belum bekerja, jumlah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500 (jumlah pendapatan ibu bapa/penjaga).
- Kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan tidak layak memohon.
- Pemohon berstatus mahasiswa tidak layak memohon bagi kategori bujang.
ii) Kategori Belia Bujang (Perantau)
- Anak jati Terengganu yang tinggal di luar Negeri Terengganu (perantau).
- Berumur di antara 18 tahun hingga 39 tahun.
- Status permohonan masih bujang pada tarikh permohonan.
- Bagi pemohon yang bekerja, jumlah pendapatan bulanan tidak melebihi RM1,500 sebulan.
- Bagi pemohon yang belum bekerja, jumlah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500 (jumlah pendapatan ibu bapa/penjaga).
- Kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan tidak layak memohon.
- Pemohon berstatus mahasiswa tidak layak memohon bagi kategori bujang.
iii) Kategori Mahasiswa dan Mahasiswa (Perantau)
- Berumur di antara 18 tahun hingga 39 tahun.
- Pemohon adalah seorang mahasiswa yang masih menuntut di Institusi Awam atau Swasta di Malaysia.
Syarat Utama i-Bantuan
Pemohon perlu memohon menerusi sistem i-Bantuan dan syarat utama i-Bantuan adalah seperti berikut:
- Pemohon adalah rakyat Terengganu dan menetap di Negeri Terengganu.
- Maklumat pemohon mestilah telah ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT 20).
- Pemohon adalah pengundi berdaftar di Negeri Terengganu.
- Permohonan mestilah dibuat secara atas talian melalui sistem i-Bantuan.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuata menerusi langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari laman web https://ibantuan.terengganu.gov.my/#/.
- Klik bahagian ‘Daftar.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
- Sekiranya maklumat pemohon (KIR) tiada dalam sistem PRT20, maka pemohon berkenaan tidak akan Berjaya mendaftar dalam sistem iBantuan.
- Untuk memastikan nama berada di dalam sistem PRT20, sila muat turun Borang PRT20, lengkapkan, dan hantar terus kepada JPKK atau Pusat Khidmat Masyarakat DUN.
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Klik butang ‘Mohon’ pada ruangan Pencen Rakyat.
- Baca syarat permohonan dan klik butang ‘Berikutnya.’
- Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Semak.’
- Jika berjaya, isi borang permohonan dengan lengkap.
- Klik butang ‘Simpan dan Cetak.’
- Lengkapkan lampiran yang diperlukan.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai i-Belia, sila hubungi Pusat Khidmat Masyarakat DUN masing-masing.