Advertisements

4 Tips Cara Elak Kutu Beras Dengan Berkesan

Salah satu masalah yang dihadapi apabila ingin memasak nasi ialah kehadiran kutu beras dalam jumlah yang banyak.

Kedatangan kutu beras atau nama lain dipanggil sebagai bubuk ini mengakibatkan kita perlu mengeluarkan kutu beras ini terlebih dahulu sebelum memasak.

Kadang kala kita pasti kehairanan, bagaimana kutu beras ini masih boleh wujud sedangkan bekas beras kita telah ditutup dengan rapat?

Kutu Beras Membiak

Timbul persoalan, bagaimana kutu beras ini membiak di dalam beras yang disimpan walaupun telah ditutup dengan rapat?

  • Kutu beras ialah serangga di dalam kategori Stored Product Pest dan sumber makanan serangga ini adalah biji benih gandum, tepung dan beras.
  • Serangga ini sebenarnya bertelur di dalam beras itu sendiri dan akan menjadikan butiran beras sebagai empat menyimpan telur. Ini dilakukan dengan cara menebuk isi dalam butiran beras sehingga kosong.
  • Apabila sampai tempoh matang, serangga tersebut akan keluar dari beras yang menjadi tempat tinggalnya dan kemudian meneruskan hidup dengan memakan beras lain. Serangga ini juga dalam masa yang sama, ia akan membiak dan menempatkan telurnya ke dalam beras lain.
  • Oleh kerana itulah, apabila jarang memasak, kutu beras akan cepat keluar dan bagi yang kerap memasak nasi pula, kutu beras tidak sempat keluar (menetas). Justeru beras yang mempunyai telur serangga itu tanpa diketahui dimasak menjadi nasi.
  • Beras yang mempunyai kutu akan cepat hancur dan jika dimasak nasi tidak tahan lama dan cepat basi kerana tercemar.

Cara Keluarkan Kutu Beras

Cara paling efektif untuk mengeluarkan kutu beras ialah dengan menjemur beras anda di bawah matahari sekitar 15 hingga 20 minit.

Letakkan beras di dalam dutang untuk memudahkan serangga tersebut beredar.

Tips Elak Kutu Beras

Terdapat 4 tips yang boleh digunakan untuk elak kutu beras dalam beras anda:

  1. Letak daun bay atau bay leaves kerana bau yang dihasilkan daun tersebut menjadikan ia sebagai penghalau kepada kutu beras.
  2. Taburkan biji lada hitam ke dalam bekas beras untuk mengelakkan kewujudan kutu kerana ianya sangat toksik kepada serangga ini.
  3. Cuba simpan beras di dalam pek vakum (vacuum pack) untuk mengelakkan telur kutu beras menetas.
  4. Simpan beras di dalam peti sejuk boleh mengelakkan pembiakan kutu beras. Ini adalah cara yang jarang digunakan tetapi berkesan kerana kutu beras sensitif dan tidak boleh hidup dalam keadaan suhu sejuk.

Sumber: https://sinarplus.sinarharian.com.my/fyi/bekas-tutup-rapat-pun-kutu-beras-tetap-ada-ini-sebenarnya-cara-ia-muncul-dan-basmi/ dan https://twitter.com/naimpestcontrol/

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.