Advertisements

Cara Mencarum KWSP Melebihi Kadar Berkanun Yang Diwajibkan

Advertisements

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) turut membenarkan para pencarum untuk mencarum melebihi kadar berkanun yang diwajibkan.

KWSP membenarkan pekerja dan majikan anda (atau kedua-duanya sekali) boleh mencarum pada kadar yang melebihi kadar berkanun selagi mana memenuhi syarat-syarat kelayakan.

Untuk pekerja yang berminat, mereka boleh membuat permohonan dengan segera.

Pihak Boleh Mencarum

Pihak yang boleh mencarum adalah seperti berikut:

  • Pekerja: Mengemukakan Notis Pilihan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun melalui Borang KWSP 17A (AHL)/ KWSP 18A (AHL) kepada majikan masing-masing.
  • Majikan: Tiada Borang diperlukan bagi permohonan VE (Syer Majikan).

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon adalah seperti berikut:

  1. Semua ahli KWSP (Warganegara dan Bukan Warganegara) yang belum mencapai umur 75 tahun; dan
  2. Semua majikan yang berdaftar dengan KWSP.

Cara Membuat Permohonan

Permohonan untuk mencarum melebihi kadar berkanun yang diwajibkan adalah seperti berikut:

  1. Ahli perlu melengkapkan Borang KWSP 17A (AHL) / KWSP 18A (AHL)-Permohonan Pendaftaran/Pembatalan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun (Syer Pekerja) yang boleh diperoleh di laman web rasmi KWSP iaitu https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/273744/BORANG+PERMOHONAN+PENDAFTARAN_PEMBATALAN+MENCARUM+MELEBIHI+KADAR+BERKANUN.pdf/ba3d9cd4-fd16-6191-9d53-0dd3d05d7b36?t=1647700282791.
  2. Isi dan kemukakan borang tersebut kepada majikan.
  3. Majikan hendaklah mengunci masuk maklumat permohonan pekerja berkenaan melalui i-Akaun (Majikan).
  4. Borang yang diterima oleh majikan perlu disimpan sebagai rekod majikan (tidak perlu dikemukakan kepada KWSP).
  5. Ahli boleh menyemak status permohonan melalui i-Akaun (Ahli) di mana Permohonan Pendaftaran/Pembatalan VE yang berjaya akan menerima mesej di ruangan Inbox.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai perkara ini, sila layari https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/contributing-more-than-the-statutory-rate?fbclid=IwAR10Fl5nUxLW0f3AzDkOggTnV5t6rlie0Wot8CJC31v5EtVNU34h7AIPez8.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.